Covid19Dunia

Turki beri bantuan perubatan ke Tunisia dalam usaha mengatasi penyebaran COVID-19

Demi kemanusiaan dan persaudaraan

TUNISIA : Sebuah pesawat tentera Turki yang membawa bekalan perubatan tiba di Tunisia pada Selasa bagi membantu negara itu dalam usaha memerangi penyebaran Covid-19.

Bekalan perubatan itu merangkumi 50,000 dos vaksin Covid-19, 30 alat bantuan pernafasan (ventilator), dan bekalan oksigen untuk hospital berkapasiti 150 tempat tidur, kata kedutaan Turki di Tunisia dalam satu kenyataan.

Ia juga termasuk 100,000 kit ujian Covid-19, 500,000 topeng perubatan, 50,000 sarung tangan steril, dan 100,000 lagi sarung tangan pakai buang.

“Sebagai dua negara yang mesra dan bersaudara, Turki dan Tunisia akan tetap bersatu dalam semua keadaan. Perpaduan ini menjadi teras perkongsian dan persahabatan antara kedua-dua bangsa,” kata kedutaan.

Pada Mei 2020, Turki menghantar bekalan perubatan kepada Tunisia bagi membantunya memerangi wabak itu, pada bulan Disember tahun yang sama mereka menawarkan pemberian 5 juta euro ( RM24 juta) untuk mengatasi virus COVID-19.

Pada Jumaat lepas, pihak berkuasa kesihatan Tunisia mengatakan bahawa negara itu menghadapi gelombang jangkitan virus yang belum pernah terjadi sebelumnya, disebabkan oleh penyebaran varian Delta yang baru.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan melaporkan 106 kematian dan 4.310 jangkitan akibat virus, menjadikan jumlah keseluruhan 501.923 kes, termasuk 494 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 501.923 kes, termasuk 494 kematian.

– Agensi Anadolu

Diterjemah oleh Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM

Related Articles

Back to top button