Covid19Semasa

Varian Delta mengganas di semua negeri

Jangkitan varian Delta mudah merebak

PUTRAJAYA : Peningkatan mendadak kes di negara ini adalah disebabkan oleh varian baharu Delta yang merebak hampir ke setiap negeri.

Varian tersebut merebak dengan pantas dengan kadar peningkatan nilai kebolehajangkitan (Rt) antara 5 hingga 8 berbanding virus COVID-19 pertama dikesan di Wuhan, China iatu Rt sekitar 2.5 hingga 3 menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Daripada 100 individu yang diangkiti oleh varian Delta, ia mampu menyebarkan jangkitan itu kepada 800 individu lain.

Dalam sidang  media khas semalam, Dr. Noor Hiham memaklumkan varian Delta boleh menjangkiti dalam masa yang singkat kerana ia boleh merebak melalui udara.

Sebelum Jun lalu, penularan COVID-19  di negara ini sudah mampu dikawal dan unjuran kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menunjukkan trend penurunan, menurut Dr Noor Hisham.

“Sebelum pelaksanaan PKPD pada Jun lalu, dalam tempoh 10 hari kita dapat ratakan kes daripada 9,000 kes sehari kepada 5,000 hingga 6,000 kes sehari. Bagaimapun, kes positif COVID-19 dilihat meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini yang disebabkan oleh varian Delta,” katanya.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

 

Related Articles

Back to top button