Covid19Semasa

6,658 kes Covid-19 hari ini

Turun 324 kes berbanding semalam.

PUTRAJAYA : Sebanyak 6,658 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia berjumlah 772,607 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata  Selangor  menyumbang lebih daripada separuh kes baharu, dengan mencatatkan 3,047 kes jangkitan Covid-19

Tambah beliau, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah kedua terbanyak jangkitan iaitu (699), diikuti Kuala Lumpur  (616), Johor (414), Sarawak (361), Melaka (345), Sabah (322), Pahang (200).

Kedah merekodkan sebanyak (145) kes baharu, Pulau Pinang (142),Wilayah Persekutuan Labuan (108), Perak (101), Kelantan (89), Terengganu (51), Putrajaya (16), manakala, Perlis mencatatkan dua  kes baharu COVID-19.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Muhammad Aqil Azfar / AJ

Related Articles

Back to top button