PalestinSemasa

Israel melonggarkan kepungan terhadap Gaza

Hanya untuk sektor tertentu

BAITULMAQDIS : Pihak berkuasa Israel memaklumkan satu peraturan baru bagi melonggarkan pengepungan terhadap Gaza.

Melalui kenyataan di Facebook, Israel menyatakan akan memperluaskan zon penangkapan ikan di Gaza dari 9 ke 12 batu bermula Isnin.

Mereka turut menyatakan peraturan baru ini dibuat selepas keadaan keselamatan di Gaza yang semakin baik.

Israel turut membenarkan aktiviti mengimport peralatan pancing dan tekstil dari Israel ke sempadan Kerem Shalom, Gaza.

Menurut penyelaras sempadan, Israel juga akan membenarkan eksport barang pertanian dan tekstil dari Gaza ke Israel.

Semua aktiviti itu dikenakan syarat yang ketat bagi menjaga kestabilan keselamatan Gaza.

– Middle East Monitor

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

 

Related Articles

Back to top button