Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Kuwait hantar bantuan ke Gaza

Alat perubatan, ambulans dan makanan

KUWAIT :  Bantuan antarabangsa semakin banyak diterima Gaza pasca peperangan. Terbaru, Pertubuhan Bulan Sabit Merah, (KRCS)  pada Isnin (24 Mei) menyatakan kapal terbang bantuan pertama telah berlepas dari Pusat Udara Abdullah Al-Mubarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mesir untuk menghantar ubat-ubatan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Ketua KRCS, Hilal Al-Sayer memberitahu agensi berita KUNA, bahawa tindakan itu adalah sebagai tanda “kesungguhan  yang diterjemahkan oleh Emir Kuwait, serta kerajaannya dan rakyat untuk menyokong saudara-saudara mereka di Gaza.”

“40 tan alat perubatan, selimut dan kerusi roda, diiringi beberapa orang sukarelawan akan pergi ke sempadan Rafah  dan menghantar bantuan itu kepada Bulan Sabit Merah Palestin.” – Pengerusi KRCS/ Hilal Al-Sayer

Al-Sayer turut berkata pasukan KRCS akan melawat mereka yang tercedera serta keluarga Palestin di bandar Al Arish di sempadan Mesir untuk menyediakan keperluan buat mereka.

“KRCS telah pun mengedarkan bakul makanan dan menghantar dua buah ambulans untuk saudara kita di Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini.” – Pengerusi KRCS/ Hilal Al-Sayer

Pada Sabtu, kerajaan Kuwait berkata 2,331,367 Kuwait dinar (lebih ASD$7.7 juta) berjaya dikumpul dalam kempen bantuan untuk rakyat Palestin.

Menurut data rasmi, serangan Israel baru-baru ini mengakibatkan 279 orang mati, 69 antaranya kanak-kanak serta 40 wanita juga 17 warga emas. Kesan itu juga menyebabkan beberapa ribu orang tercedera.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

****
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button