Sukan

Hitam, Kuning tetap jadi kebangaan Harimau Malaya

Pelancaran secara maya

Dengan konsep meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia, jersi home Harimau Malaya masih kekal dengan warna tradisi kuning, logo FAM di dada, rekaan kolar, dan garisan yang membentuk pattern di sisi serta lengan yang berwarna hitam.

Pic : FB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Jersi away pula mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang dengan warna hitam dan belang kuning dan berkolar bulat. Nampak garang buat skuad Harimau Malaya.

Pic : FB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Pelancaran jersi baharu Harimau Malaya ini dilakukan secara maya dan ditayangkan menerusi laman Facebook Football Association of Malaysia (FAM).

Pelancaran jersi baharu kali ini pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal, namun terpaksa dilancarkan secara maya memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.

Jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia 2020-2022 ini sudah boleh didapati mulai, 4 Disember 2020 di outlet Nike terpilih serta secara atas talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com

Manakala penjualan secara fizikal di 24 outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua outlet Football Republic di seluruh negara pula akan bermula pada 11 Disember 2020 dengan jersi ‘home’ dan ‘away’ ini, masing-masing dijual pada harga RM299. – FB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button