KemanusiaanPalestinSemasaSukan

Solidariti untuk Palestin daripada jaguh padang

Pemain bola sepak antarabangsa bantah kekerasan Israel

Walaupun beraksi di padang bola, prihatin dan sikap ambil tahu mereka dengan nasib saudara seagama tetap diberi perhatian.

Menyifatkan Israel tidak berperikemanusiaan, mereka mengkritik dan dizahirkan dengan memakai mafla Palestin dan baju bertulis Ozgur Filistin untuk menunjukkan sokongan ke atas negara Palestin.

Bintang Manchester City dari Algeria, Riyad Mahrez mengeluarkan kenyataan di media sosisal pada Isnin lalu dengan ciapannya di Twitter memaparkan bendera Palestin dengan tanda palang “Palestin” dan “Save Sheikh Jarrah.

Mohamad Elneny dari Mesir pula yang segera mengikuti pengembangan isu yang berlaku di negara Palestin, menyatakan sokogan beliau terhadap Palestin.

“Hati dan jiwa saya dan sokongan saya untuk Palestin.” – Mohamad Elneny

Rakan sepasukan Mohamed Salah iaitu Sadio Mane juga berkongsi gambar Al-Aqsa pada Selasa malam dengan tulisan “Bebas Palestin”. Pemain pertahanan  dari pasukan Leicester City, Caglar Soyuncu berkata,” Doa saya ada bersama suadara-saudara saya di  BaitulMaqdis.

Pemain bola sepak dari pasukan Perancis berkongsi mesej di media sosial susulan isu yang berlaku di Palestin dan antaranya bintang pemain bola sepak  yang mengecam tindakan pengusiran di Sheikh Jarrah ialah Frank Ribery, Benjamin Mendy dan Paul Pogba.

Sejak akhir bulan lalu, tentera Isreal telah melakukan kekerasan terhadap protes pengusiran enam keluarga Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah di Timur BaitulMaqdis. Selepas pengusiran di Sheikh Jarrah ISrael meneruskan pengusiran jemaah di Masjid Qibli dan Masjid Aqsa yang mahu beriktikaf dan bersolat sempena malam ke-28 Ramadan. Enggan berganjak polis Israel membaling bom asap dan gas pemedih mata serta senjata pegun terhadap jemaah.

Sementara itu, di Qatar, pemain dari Al-Arabi dan Al- Sadd serta termasuk Santi Cazorla dari Sepanyol mengenakan mafla Palestin dan supaya masyarakat mengikuti perkembangan apa yang berlaku di Palestin. Beliau memuat naik perkataan di media sosial yang bertulis “Palestin ada di hati kita” menjelang perlawanan mereka pada Ahad ini.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button