SemasaSukan

Bruno Suzuki peluk Islam, kembali kepada fitrah

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak kelab PDRM FC, Bruno Suzuki telah selamat melafazkan dua kalimah syahadah hari ini, sekaligus sah menjadi saudara baharu Islam.

Ia diumumkan pasukan PDRM FC menerusi laman sosialnya pagi tadi menyaksikan penyerang kacukan Jepun-Brazil itu mengucapkan syahadah di Masjid PULAPOL (Pusat Latihan Polis), Kuala Lumpur.

“Saudara Baru Islam, Bruno Suzuki. Alhamdulillah dengan syukur ke hadarat Allah S.W.T ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam….Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” menurut posting pada PDRM FC.

Pemain penyerang berusia 33 tahun itu melaksanakan penghijrahannya dihadapan, Ustaz Arif M.Rajoli dan disaksikan oleh SAC Noor Hisam Nordin , Komandan PULAPOL KL, SUPT. Razali Mohamed Shahid, Timbalan Komandan (Kepolisan AM) PULAPOL KL, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Bruno Junichi Suzuki Castanheira memulakan penampilan di Liga Malaysia pada tahun 2017 dengan menyarung jersi Negeri Sembilan.

Suzuki selepas itu mewakili Terengganu II dan PDRM FC merupakan pasukan ketiganya di tanah air.

Pemain kelahiran Para, Brazil itu yang sudah mengumpul lebih 30 gol di Malaysia memulakan karier profesional di Jepun tempatnya di besarkan sebelum ke Singapura dan sempat beraksi selama semusim bersama Bangkok FC pada 2022.

Daripada Sahl bin Sa’ad, beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” [Riwayat al-Bukhari (2942)]

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button