SemasaSukan

Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti & perkasa perpaduan

KUALA PERLIS: Persatuan-persatuan sukan disaran terlibat dalam program komuniti bagi membantu kerajaan dalam usaha memperkasakan perpaduan masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azahari Mohammad berkata aktiviti sukan yang dianjurkan oleh persatuan sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.

Sukan sangat rapat dengan masyarakat, dengan cara ini secara tidak langsung kita dapat membantu kerajaan dalam usaha menyatupadukan rakyat selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan.


“Sebagai contoh Cabaran 4×4 Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) 2023 yang dianjurkan di sini sempena Temasya Perkampungan Warna-Warni oleh Persatuan Pancuan Empat Roda Malaysia yang berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan politik di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Suriani Ahmad.

Terdahulu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan merasmikan merasmikan temasya itu.

BACA JUGA
MAPIM Rangers nekad bantu mangsa banjir di Mersing

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button