Sukan

Hafizh Syahrin Abdullah tetap semangat muncul kembali dalam aksi Moto2

Masih berehat, terima kasih doakan saya!

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, akan tetap bersemangat kembali dalam aksi di litar seterusnya.

Hafizh yang belum cergas sepenuhnya dan kini masih memakai tongkat tidak dibenarkan berlumba hujung minggu ini di Grand Prix Styria, Austria.

Pelumba pasukan Openbank Aspar Team berusia 26 tahun itu, berharap dia akan dapat kembali beraksi pada saingan GP San Marino di Litar Misano yang bermula 11 hingga 13 September ini.

“Kalau tanya saya, memang saya mahu cuba untuk uji motosikal saya pada Jumaat ini (hari ini) tetapi doktor kata tidak boleh dan saya perlu berehat.

“Saya masih rasa sakit lagi. Ketika ujian (pemeriksaan kesihatan) saya cuba tahan tetapi saya tidak boleh tahan kesakitan itu.

Hafizh berkongsi bersama-sama peminatnya mengenai perkembangan kesihatannya di akaun Instagram beliau.

sumber: @hafizh_syahrin Instagram

“Jadi, saya akan kembali bangkit lebih kuat. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya dan doktor serta pasukan perubatan di Austria ini yang banyak membantu saya,” katanya.

Tempat Hafizh digantikan dengan pelumba MotoE Aspar Team, Alejandro Medina dari Sepanyol yang akan bergandingan dengan Aron Canet pada perlumbaan hujung minggu ini di Litar Red Bull Ring.

Hafizh terbabit dalam kemalangan ngeri pada GP Austria, Ahad lalu selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedarinya gagal mengelak dan merempuh motosikal pelumba Italtrans Racing Team itu.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button