KemanusiaanSemasaSukanSyria

Mesut Ozil Sumbang RM400,000 Untuk Rakyat Syria Raikan Ramadhan

Bintang kelab Arsenal, Mesut Ozil, telah menyumbangkan 713,000 lira Turki (RM 436,046.00) kepada Bulan Sabit Merah Turki (Turkish Red Crescent) untuk kempen bantuan bulan Ramadan.

Menurut laporan Anadolu Agency, sumbangan itu akan digunakan untuk menyediakan iftar setiap hari pada bulan itu kepada 16,000 orang Syria di Turki. Keluarga di Turki dan Syria akan menerima 2,000 bungkusan makanan melalui sumbangan Ozil, sementara 90,000 pakej iftar akan diedarkan di ibu kota Somalia Mogadishu.

Kerem Kinik, ketua Bulan Sabit Merah Turki, mengucapkan terima kasih kepada pemain bola sepak yang berpangkalan di London itu atas sumbangan beliau.

“Kami akan menyerahkan bungkusan yang disediakan dengan sumbangan saudara Mesut kepada orang yang memerlukan secepat mungkin,” katanya.

Foto Mesut bersama Presiden Turkey, Erdogen

Ozil juga merupakan bintang bola sepak yang sering berkongsi dan menggalakkan pengikut di media sosial di twitternya terhadap bantuan-bantuan kemanusiaan di serata dunia.

Antara twitt beliau sebelum ini:

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button