Sukan

Gol Safawi tercalon lagi

Undi sebelum 28 ogos ini!

Satu pencapaian membanggakan buat dunia bola sepak negara apabila jaringan Safawi Rashid tercalon lagi untuk pemilihan 20 gol-gol terbaik pada sedekad perlawanan dalam kejohanan Liga Juara-juara Asia, ACL.

Pemilihan dilakukan daripada perlawanan akhir dari tahun 2010-2019 kejohanan dianjur Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) itu.

Jaringan Safawi yang terpilih ialah, jaringan pada aksi peringkat kumpulan menentang Shandong Luneng, April tahun lalu.

Dengan pengiktirafan ini sekaligus meningkatkan prestasi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

AFC menyebut Safawi sebagai bintang muda bola sepak Asia Tenggara yang mempunyai skil yang tinggi.

“Safawi melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan yang sememangnya berkualiti,” kata AFC.

sumber:YouTube

Sebagai rekod, gol terbabit sebelum ini pernah dipilih sebagai Jaringan Lencong Terbaik ACL, Mei lalu.

AFC menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir di mana lima jaringan terbaik yang dipilih akan layak ke final pada September ini.

Bagi saingan separuh akhir pertama, Safawi akan berentap dengan sembilan lagi pemain iaitu Heverton (Seongnam Ilhwa Chunma); Wesley (Al Hilal); Andranik Teymourian (Esteghlal); Hiroyuki Abe (Gamba Osaka) dan Paulinho (Guangzhou Evergrande).

Empat pemain lagi adalah Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun) ; Chanathip Songkrasin (Muangthong United); Ikromjom Alibaev (Lokomotiv) dan Shojae Khalilzadeh (Persepolis).

Penyokong boleh mengundi untuk gol Safawi di pautan https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/ac…

Undian akan berakhir pada 28 Ogos ini. – Berita Harian

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button