Covid19SemasaSukan

Oh! Positif Covid-19 – Ronaldo

150 kelab bola sepak mohon bantuan kecemasan FIFA

Kapten Portugal berusia 35 tahun itu, disahkan positif dan kini diletakkan dalam rawatan pengasingan.
Persektutuan Bola Sepak Portugal, dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ronaldo kini dalam keadaan baik,  Ronaldo juga menunjukkan sebarang simptom.
Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan bila Ronaldo diuji positif.
Sebelum ini  Paulo Dybala dari kelab sama disahkan positif covid-19, diikuti pemain Paris Saint-Germain’s – Neymar, Kylian Mbappe, Angel di Maria dan Marquinhos.
Manakala Paul Pogba dari  Manchester United; dan Zlatan Ibrahimovic dari kelab AC Milan.
Ronaldo sebelum ini membantu Portugal seri tanpa jaringan menentang Perancis dalam Liga Kebangsaan manakala keputusan sama dengan Sepanyol dalam perlawanan persahabatan.
Isnin lalu,  Ronaldo dalam satu ciapan di twitternya menunjukkan keceriaan beliau bersama rakan sepasukan sedang makan bersama.

Tweet Ronaldo @Cristiano

Kedudukan di antara mereka juga amat rapat dengan Ronaldo berada di kedudukan paling depan.

Mesej ringkas ditulis beliau `Bersatu di dalam dan di laur padang”

Persekutan berkata dengan jangkitan positif Ronaldo, keseluruhan pasukan bakal menjalani satu lagi pusingan ujian Covid-19 kerana sebelum ini anggota pasukan lain didapati negatif.

Selain Liga Kebangsaan Ronaldo juga terlepas aksii Juventus menentang Crotone dalam siri A, juga Liga Juara-juara bertemu Dynamo Kiev,  Selasa depan.

Beliau akan kembali beraksi sekiranya negatif negatif dalam ujian sekali lagi.

Portugal dijadual menjalani latihan di Lisbon sebagai persediaan menentang Sweden hari ini.

Portugal dan Perancis kini mendahului kumpulan 3 Liga, dengan masing-masing mengutip tujuh mata dalam tiga perlawanan.

Bola sepak yang menjadi antara sukan terutama dunia turut mengalami kerugian teruk akibat kesan pandemik Covid-19.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA, berkata dunia bola sepak seluruh dunia kerugian sebanyak ASD$14 bilion setakat ini.
Kesan pandemik itu menuntut 150 persatuan bola sepak memohon bantuan kecemasan FIFA sejumlah ASD$1.5 bilion di bawah agensi yang diletakkan di bawah badan sukan dunia itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesan Covid-19 FIFA, Olli Rehn, berkata pandemik menyebabkan kewangan FIFA dan banyak pasukan bola sepak merudum setelah perlawanan tanpa penonton, stadium kosong dan kehilangan hak siaran pada stesen televisyen  sukan bola sepak berprestij dunia.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button