Kemanusiaan

Tabahnya hingga ke akhir hayat…

4 bulan diuji kanser tulang tahap 4

KG. LAPAN, MELAKA : Baru dua hari bertanya khabar, hasrat untuk bertemu lagi di lain waktu tidak kesampaian.

Penarik beca, Azhari Mohd Tamin yang disantuni Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, Isnin lalu meninggal dunia di kediamannya di Melaka malam tadi.

Allahyarham Azhari, bercerita perihal dirinya ketika kunjungan MAPIM Malaysia.

Berita duka cita itu disampaikan oleh Presiden Beca Warisan Melaka, Ramli Ibrahim yang menghubungi salah seorang aktivis MAPIM.

Menerima berita itu, Pengarah Domestik MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussain, terkejut dan menzahirkan rasa sedih beliau kerana baru saja memikirkan bantuan susulan untuk keluarga Allahyarham.

Allahyarham Azhari adalah antara lebih 300 orang penarik beca yang terjejas akibat kemerosotan pendapatan kesan penularan wabak Covid-19 terhadap sektor pelancongan khususnya di Melaka.

Tiga hari lalu, MAPIM menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Lapan, Jalan Malim, setelah selesai sesi pengagihan pek makanan kepada para penarik beca di Tengkera dan Banda Hilir.

Malah masih terngiang suara lemah Azhari ketika bersapa dengan beliau pada pertemuan itu.

Walau hanya terbaring, riak muka Azhari tenang berbicara perihal dugaan dihadapinya.

Menurut  isterinya, Ain Norashikin Yunos, sejak empat bulan lalu, Azhari mengadu kakinya sakit.

Risau dengan keadaaan suami yang semakin lemah dan berjalan terdengkut-dengkut, Ain membawa suami untuk mendapatkan rawatan ke hospital.

Hiba hati Ain apabila suami yang telah hilang pekerjaan sejak Mac lalu kini disahkan pula oleh doktor menghidap kanser tulang pada tahap empat.

Malah ketika Allahyarham dikunjungi pada Isnin (30/11) Ain dengan penuh rasa sebak, memberitahu Allahyarham baru saja melakukan pembedahan kecil untuk mengambil beberapa tisu.

Pastinya rasa sedih tambah mendalam buat Ain, hari ini bagi hari-hari terakhir bersama suami tercinta.

Empat permata Azhari yang kini menjadi tanggungjawab ummah.

Jenazah Azhari selamat dikebumikan pada jam 10:00 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Lapan.

Ujian keluarga ini cukup berat – sudahlah di uji Covid-19, kini sosok tubuh yang mencari sumber rezeki keluarga pergi buat selama-lamanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Lapan

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih kecil, berusia di antara empat dan 10 tahun.

Sementara itu Tuan Haji Faris berkata MAPIM sedang melihat bantuan bersesuaian untuk disalurkan kepada  ibu tunggal dan empat anak-anak yatim itu.

MAPIM Malaysia akan melakukan kunjung ziarah dalam waktu terdekat ke atas keluarga ini.

MAPIM juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga mereka bersabar dengan ujian yang menimpa.

Semoga Allahyarham Azhari ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah.

 

*Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button