DuniaKemanusiaanPalestin

Saad el Shazly, panglima perang Mesir yang memalukan tentera zionis

Perang Badar

Sejarah moden mencatatkan Israel adalah musuh yang sangat sukar dikalahkan walaupun dengan gabungan tentera negara-negara Arab. Sehingga wujud kepercayaan tentera israel adalah tentera terbaik pada zaman moden ini.

Hanya pada tahun 1973 dalam Perang Ramadan (Operasi Badar) (Perang Arab Israel), tentera Israel dimalukan oleh tentera Mesir. Semenanjung Sinai yang ditawan oleh israel dalam Perang Enam Hari, 1963 kembali berjaya dirampas. Tentera Mesir sebenarnya berpeluang mengasak lagi tentera israel sayangnya masalah lama kembali, berlaku perselisihan antara pemimpin sehingga tentera israel berjaya menyekat tentera Mesir dan menyerang balas, sehingga hampir kembali menewaskan gabungan tentera Arab. Walaupun berjaya disekat tetapi jumlah korban pada pihak tentera Mesir dan Syria sangat tinggi akibat kecuaian itu.

Peta selepas Perang Enam Hari yang memalukan dunia Arab

Dalam Operasi Badar (Perang Ramadan), arkitek tentera Mesir pada waktu itu ialah Saad El-Shazly – Ketua (Panglima) Angkatan Tentera Mesir (Chief of Staff).

Latar belakang

Saad El Shazly lahir daripada keluarga yang berada. Ayahnya memiliki 70 ekar tanah pertanian. Kelebihan yang dimiliki oleh keluarganya itu membolehkan Saad El Shazly dihantar ke sekolah yang berprestij.

Saad el Shazly

Pada umurnya 11 tahun, ayahnya berpindah ke Kaherah dan beliau melanjutkan pelajaran menengahnya di sana. Selesai persekolahan menengah, beliau memasuki akademi tentera dan menjadi pelajar termuda di situ.

Kerjaya ketenteraannya pun bermula. Beliau menyertai perang dunia kedua, perang Arab-isreal 1948. Beliau juga mengasaskan pasukan payung terjun Mesir yang pertama. Namanya menjadi terkenal ketika Perang Enam Hari 1963. Ketika itu dia menjadi pemimpin pasukan elit kereta kebal yang ditugaskan mempertahankan Semenanjung Sinai.

Ketika semangat tentera Mesir sedang menjulang bagi mempertahankan Semananjung Sinai, tiba-tiba kesemua pertahanan tentera Mesir diarahkan berundur dari Semenanjung Sinai oleh Fil Marsyal Amer yang menjadi ketua tentera ketika itu. Pengunduran itu menjadi malapetaka besar kepada tentera Mesir kerana terpaksa merentasi gurun yang panas, selain terpaksa menghadapi serangan tentera udara israel. Ramai tentera Mesir yang terkorban. Manakala Saad El Shazly pula berjaya membawa sebahagian tenteranya dengan selamat.

Selepas Presiden Gamal Nasser digulingkan oleh Anwar Sadat, beliau mencari calon ketua tentera Mesir yang baharu. Akhirnya nama Saad el-Shazly dicadangkan. Walaupun pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Saad el Shazly masih muda, selepas bertemu dengan Saad el Shazly sendiri dan mendengar semangatnya bagi merampas kembali Semenanjung Sinai daripada tangan zionis, beliau akhirnya senang hati melantik Saad el-Shazly sebagai Ketua Tentera Mesir yang baharu.

Rancangan Saad el Shazly

Rancangan bagi merampas kembali Semanjung Sinai bukan perkara yang mudah. Ini kerana tentera zionis sudah membina garisan pertahan tiga lapis yang sangat kukuh, dinamakan Garisan Bar Lev sempena nama jeneral tentera israel yang bertanggungjawab merancang srategi pertahanan itu.

Lapis pertama Garisan Bar Lev terdiri daripada kubu-kubu yang dibina di tebing Terusan Suez. Ia adalah kubu yang setinggi 17 meter yang dibina dengan besi dan konkrit yang tebail. Ia dilengkapi dengan kuasa tembakan daripada mesingun, mortar, dan di kelilingi periuk api dan pagar berduri.

Yang paling bahaya adalah, adanya perangkap minyak. Apabila ada percubaan tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez, minyak daripadanya kubu Bar Lev akan dilepaskan ke dalam terusan dan kemudiannya dibakar.

Lapis kedua pula terdiri daripada 120 buah kereta kebal yang akan mara apabila garis pertama diserang, dan garisan terakhir pula dikawal oleh 240 buah kereta kebal. Yang mana semua garisan pertahanan itu turut dilindungi oleh angkatan udara israel yang mempunyai pesawat canggih dan antara juruterbang yang berpengalaman di dunia.

Cabaran lainya adalah kelengkapan senjata tentera Mesir yang jauh ketinggalan daripada tentera zionis. Tentera Mesir hanya menang daripada jumlah tentera dan daripada segi kuasa tembakan artelari, dan malah mereka antara yang terhandal di dunia.

Jadi bagi mengatasi semua masalah itu Saad el Shazly menjalankan empat strategi utama bagi memastikan Semananjung Sinai dapat kembali dirampas.

Empat strategi.

1- Meningkatkan moral dan semangat juang tentera Mesir

Saad el Shazly ada pembicara yang bagus. Beliau menggunakan kelebihannya itu dengan meyakinkan tentera Mesir bahawa tentera israel boleh dikalahkan. Beliau bukan hanya menggunakan kata-kata motivasi, tetapi tentera Mesir turut diberikan latihan yang lebih sistematik, dan sistem mobilasi tentera Mesir yang sebelum ini bermasalah, mula mengikut sistem Sweden yang sangat efektif.

Saad el Shazly juga menemui pemimpin-pemimpin Arab bagi mendapatkan sokongan mereka. Beliau berjaya membentuk satu gabungan tentera Arab yang sudi menghulurkan bantuan tentera kepada Mesir. Malah Syria menyertai barisan hadapan kerana mahu mendapatkan kembali Bukit Golan yang dirampas israel.

Kesemua perkara tersebut berjaya meningkatkan keyakinan tentera Mesir dan semangat juang mereka.

2- Menembusi Garisan Bar Lev yang kebal

Strategi mula dirangka. Beliau menamakan strateginya, ‘high minerat’. Ia dibentuk berdasarkan dua falsafah. Iaitu tentera israel tidak akan mampu menanggung korban tentera yang ramai kerana jumlah mereka kecil, dan mahu memanjangkan tempoh perang bagi membuatkan ekonomi negara israel lemah dan runtuh.

Strateginya itu juga bagi melindungi kelemahan tentera Mesir daripada segi pertempuran udara. Bagi melaksanakan strategi itu, menyerang terus kubu di Garisan Bar Lev dengan artelari adalah agak mustahil kerana kubu itu sangat kukuh. Selain sistem persenjataan canggih, kubu juga mampu bertahan berbulan-bulan lamanya kerana mempunyai simpanan makanan yang mencukupi.

Jadi, satu rancangan berani terpaksa dirangka. Pada malam sebelum hari serangan pasukan komando Mesir akan berenang merentasi Terusan Suez dan mula menyumbat saluran minyak yang akan dilepaskan ke dalam terusan.

Selepas saluran minyak disumbat, risiko tentera dibakar di Terusan Suez tidak akan terjadi. Selepas itu barulah serangan udara dilancarkan ke atas kubu, dan mereka akan membina jambatan bagi membolehkan kereta kebal merentasi terusan. Selepas berjaya menawan kubu-kubu di tebing terusan dan memusnahkannya, mereka akan mara ke tengah Semenanjung Sinai.

Pasukan komando pula akan diterbangkan ke tengah padang pasir Sinai bagi menghalang serangan bantuan daripada barisan pertahan kedua dan ketiga. Kemudian barulah mereka beralih ke fasa seterusnya peperangan.

Tentera Mesir merentasi Terusan Suez

3- Mendapatkan senjata yang berupaya menandingi senjata musuh

Ini adalah perkara yang sangat dirisaukan oleh Saad el Shazly. Tentera israel memiliki persenjataan yang paling canggih di rantau Arab. Mereka memilik pesawat pejuang yang boleh terbang lebih jauh dan membawa bom yang lebih banyak. Selain itu kereta kebal mereka juga mempunyai kuasa tembakan yang lebih memusnahkan.

Untuk itu Saad el Shazly mula mendapatkan sokongan pihak Rusia bagi mendapatkan persenjataan canggih terutamanya kereta kebal dan peluru berpandu penangkis pesawat, yang terbukti lebih efisyen dan murah.

4- Merahsiakan serangan

Ini antara perkara yang sangat sukar. Sekiranya rahsia serangan mereka diketahui bermakna tidak ada lagi elemen kejutan. Malah mungkin tentera Mesir akan masuk perangkap israel.

Untuk itu mereka memilih tarikh 6 Oktober 1973. Pada tarikh itu, laporan kaji cuaca meramalkan air di terusan Suez berada pada tahap paling tinggi. Ia akan memudahkan komando menyusup ke kubu yang setinggi 17 meter. Pada tarikh itu juga, malamnya diramalkan akan sangat gelap gelita.

Beberapa minggu sebelum tarikh serangan, pihak Mesir dan Syria yang sudah berpakat menggunakan media bagi menunjukkan Presiden Mesir, Anwar Sadat berselisih faham dengan Presiden Syria, Hafez al Assad. Ia membuatkan pihak israel yakin Mesir tidak akan melancarkan serangan dalam waktu singkat kerana mereka sedang berpecah-belah.

Media Mesir juga sering melaporkan berita yang tentera Mesir masih menggunakan senjata yang sudah ketinggalan zaman dan tidak mahir menggunakan senjata moden. Ia seolah-olah memperlekehkan tentera Mesir, tetapi hakikatnya ia adalah satu strategi bagi membuatkan israel memandang rendah tentera Mesir.

Pihak tentera juga mengumumkan dalam akhbar bahawa tentera Mesir diberikan pelepasan untuk melakukan ibadah umrah dan Haji dalam tarikh tersebut sehingga tentera israel semakin percaya tidak akan berlaku serangan.

Latihan perang juga dilakukan di seberang terusan tetapi dalam jumlah yang kecil. Ini menunjukkan seolah-olah tentera Mesir tidak serius kerana tidak melakukan latihan secara besar-besaran. Sedangkan pada hakikatnya, latihan itu walaupun kecil tetapi menggunakan unit-unit yang berbeza selepas mengikut sistem mobilasi Sweden.

Sebelum serangan dimulakan, komander divisyen hanya boleh diberitahu tiga hari sebelum tarikh serangan. Komander briged pula dua hari sebelum serangan bermula, sementara komander batalion dan ketua kompeni pula sehari sebelum serangan. Akhir sekali, komander platun serta anak buah mereka enam jam sebelum serangan dilancarkan.

Perang

Operasi kali ini dinamakan Perang Badar. Strategi yang sudah ditetapkan oleh Saad el Shazly, berjalan lancar. Garisan hadapan Bar Lev berjaya ditawan dan dimusnahkan. Tentera israel terkejut dan serangan udara mereka juga berjaya dihalang oleh sistem peluru berpandu canggih yang dimiliki tentera Mesir.

Kereta kebal israel yang musnah

Presideng Mesir, Anwar Sadat
Pesawat tentera Mesir yang dijatuhkan musuh

Apabila mengetahui perkara itu, Presiden Anwar Sadat mahukan yang lebih. Beliau mengarahkan supaya Saad el Shazly mara semakin jauh ke sempadan israel. Saad el Shazly membantah kerana itu akan mendedahkan tenteranya kepada bahaya serangan balas israel kerana kekurangan sokongan logistik. Rancangannya adalah menguatkan dahulu pertahanan di Sinai sebelum mara lebih jauh.

Namun, Anwar Sadat tetap berkeras dan akhirnya, Ariel Sharon komandon tentera israel pada ketika itu melihat ruang bagi melancarkan serangan balas dan akhirnya serangan balas itu berjaya mengundurkan tentera Mesir. Namun tentera Syria pula mengalami kekalahan yang teruk di medan lain.

Sekiranya tidak kerana kemahiran Saad el Shazly, kemungkinan besar tentera Mesir akan tumpas lagi. Namun, pada akhirnya Mesir dan israel mengadakan gencatan senjata. Semenanjung Sinai akhirnya berjaya dikembalikan kepada pihak Mesir. Tetapi sayangnya, serangan itu tidak mampu merampas kembali Baitul Maqdis akibat kegopohan pemimpin Mesir sendiri.

Walaubagaimanapun, Saad el Shazly berjaya membuktikan, tentera israel mampu dikalahkan dan dimalukan. Apa yang kurang adalah kesepakatan sesama pemimpin. Sekiranya sahaja pemimpin bersepakat, pasti sudah lama negara haram israel yang hanya mempunyai penduduk tujuh juta orang sudah lama dilenyapkan daripada peta dunia.

Selepas Perang Badar, Saad el Shazly melepaskan jawatannya. Perselisihan dengan Anwar Sadat juga tidak reda, dan beliau dihantar ke Libya dan seterusnya ke beberapa negara sebagai duta Mesir.

Pada 10 Februari 2011, ketika umurnya 88 tahun Panglima Saad el Shazly akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau akan kekal dikenang sebagai seorang panglima Arab yang handal dan tajam strateginya, panglima yang memalukan israel dan hampir memusnahkan negara haram zionis.


MASA UNTUK BERTINDAK!

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button