Covid19KemanusiaanSemasa

11.06 juta orang penerima BPN 2.0 dibayar mulai 21 Januari

Bayaran diawalkan sempena PKP, PKPB, dan PKPP

Kuala Lumpur : Sebanyak RM2.38 bilion akan diperuntukkan untuk bayaran BPN 2.0. Ia melibatkan 10.6 juta penerima sedia ada dan 460,000 penerima baru.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran BPN 2.0 (fasa 2) dipercepatkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Rutin kerja gudang MAPIM Malaysia – Proses penyediaan kotak bantuan makanan kepada Asnaf yang dilakukan sebelum perintah ‘Restricted Movement’ dilaksanakan

Menteri Kewangan Malaysia menambah, orang ramai boleh membuat semakan kelulusan pada pada 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

“Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.”  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button