KemanusiaanPalestinSemasa

Guterres gesa dihentikan segera sengketa di Palestin

``Ancaman Impak kepada semarak fahaman melampau di Timur Tengah

WASHINGTON : Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  Antonio Guterres hari ini  menyeru dihentikan segera keadaan yang berlaku di Palestin.

Guterres dalam satu kenyataan berkata demi hari yang mulia di Eidulfitri, beliau merayu serangan oleh kedua-dua pihak dihentikan .

Tambahnya konflik terkini itu hanya akan menyemarak fahaman melampau di Timur Tengah. Apakah yang dimaksudkan oleh Guterres tapi jika diteliti masyarakat dunia menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin.

“Terlalu ramai nyawa orang awam yang tidak bersalah telah menjadi korban. Konflik ini hanya akan mempertingkat kegiatan radikal dan melampau di rantau itu. ” – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  Antonio Guterres

Israel terus meakukan serangan dari udara dan pembantaian di darat terhadap penduduk Gaza .

Setakat ini menurut statistik Kementerian Kesihatan, 83 orang terbunuh, 17 daripadanya kanak-kanak dan tujuh lagi wanita.

Sejumlah 487 cedera berikutan serangan bertalu-talu dan mensasarkan banguan tinggi bertingkat untuk kediaman dan pejabat am. Selain kerosakan kepada infrastruktur dan laluan jalan raya.

 

Bagi tempoh itu juga tujuh orang Israel terbunuh.

Ketegangan tercetus beberapa bulan lepas apabila empat keluarga yang mendiami tanah di perkampungan Sheikh Jarrah diusir keluar dengan perintah mahkamah. Walhal penduduk sedia ada telah menduduki wilayah itu sejak tahun 1967. Pendatang Yahudi itu menggunakan perintah mahkamah untuk menghalau penduduk asal.

Israel menjajah Timur Baitul Maqdis sejak perang Arab pada tahun 1967 dan merampas seluruh kawasan pada tahun 1980 bagaimanapun perampasan haram tanah itu tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button