Covid19Kemanusiaan

Warga emas pasrah!

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga....

HULU LANGAT : Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga –  sudah lah rumah dibadai ribut, dalam pada menyiapkan sebahagian rumah yang ranap, dua anaknya pula diuji dengan masalah kesihatan.

Luluh hati seorang ayah, apabila yang sakit ialah kedua-dua anak perempuannya.

Yusuf Mat Noor, dikunjungi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia sebaik diberi makluman oleh mereka yang prihatin.

Ketika ini Yusuf amat mengharapkan bantuan segera pembaikan rumahnya sejak dibadai ribut pada akhir September lalu.

Rumah yang didudukinya bersama keluarga di Kampung Sri Desa, Sungai Merab, diharap tidak lagi ditangguh-tangguhkan kelulusan pembaikannya.

Beliau berbesar hati apabila kunjungan MAPIM Malaysia turut disertai aktivis, Heliza dan Hazwani.

Yusuf turut berkongsi kegusarannya bersama Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Zul Hanis Zainol yang mengetuai misi kali ini.

Bagi Heliza dan Hazwani, sebak di dada mereka mendengarkan kisah warga emas yang mengharapkan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Menurut Heliza, ramai dalam kalangan kita yang tidak berdaya tetapi nikmat kesabaran yang tinggi mereka mampu menjalani kehidupan yang sekadarnya.

Keadaan ribut yang meranapkan sebahagian rumahnya masih terngiang-ngiang dalam ingatan ketika itu dia hanya mampu berserah kepada Yang Esa, untuk keselamatan keluarganya.

“Kalau hujan kita tumpanglah rumah adik, bila hujan tu ada rasa gabra, dilema nak buat macam mana, minta percepatkanlah jangan jadikan satu pengharapan sebab tertangguh di sana, tertangguh di sini.’’ – Yusof Mat Noor

Ini kerana ketika hujan, keadaan amat tidak selesa kerana rumah akan dinaiki air akibat tempias serta angin kuat yang boleh bila-bila masa menerbangkan kembali bumbung rumah.

Menurutnya, sudah lah diuji kini anak perempuan keduanya pula perlu berulang alik ke hospital kerana mengalami kronik tiroid.

Di Kampung Batu 14, Hulu Langat, pasangan warga tua, pemilik teratak kecil,  Zainal Abdul Rashid disantuni.

Walau dimamah usia mereka bertekad membesarkan seorang anak yang mengalami masalah lembam, berusia 40 tahun.

Menambah sukar keluarga ini setelah isterinya baru ditimpa kemalangan, lalu membataskan pergerakan kedua-dua mereka.

Namun mereka tetap berusaha untuk mencari jalan meneruskan kehidupan tiga beranak.

Berbekalkan pencen bulanan sebanyak RM600 Zainal bersyukur hidup ala kadar sahaja.

Bantuan sumbangan orang ramai kepada MAPIM ini amat dihargai mereka, kerana sekurang-kurannya mengurangkan beban makanan asas bulanan.

“Terima kasihlah, sekurang-kurangnya tidaklah kami terbeban, Alhamdulillah kurangkan beban” – Zainal Abd. Rashid

MAPIM Malaysia akan terus menjalankan amanah terus menyantuni senarai penerima bantuan dan mereka yang  amat memerlukan.

*__________________________________________________________________________________

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button