DuniaKerohanianSemasa

Republik Dominic cadang ubah kedutaan ke Baitul Maqdis

Ke-3 selepas A.S & Guatemala

REPUBLIK DOMINIC : Di saat normalisasi terhenti seketika, lagi negara mempertimbang memindahkan kedutaannya ke Baitul Maqdis.

Republik Dominik antara negara yang sedang menimbang perkara itu untuk dilaksanakan.

Pertambahan lebih banyak negara memindahkan kedutaan secara tidak langsung seolah memberi lampu hijau buat rejim Yahudi melaksanakan rampasan saki baki kekuasaan, tanah dan ekonomi rakyat Palestin.

Cadangan itu dinyatakan Menteri Luar negara itu, Roberto Alvarez ketika berhubung dengan rakan sejawatannya di Israel, Gabi Ashkenazi.

Setakat ini terdapat hanya dua negara mempunyai kedutaan besar di Baitul Maqdis iaitu Amerika Syarikat dan Guatemala.

Rejim Zionis mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara yang ditempanya daripada penderitaan rakyat Palestin.

Dalam dunia diplomatik dan kebanyakan negara menempatkan kedutaan besarnya di Tel Aviv.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan negara menyatakan kemungkinannya memindah kedutaannya sepertiĀ  Honduras, Brazil, Serbia dan Republik Czech.

Kosovo, yang tidak mempunyai kedutaan besar di Israel juga menyuarakan hasrat untuk berbuat demikian.- AGENSI

*________________________________________________________________________________

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com
www.BantuUmmah.com
www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button