DuniaKemanusiaanPalestin

4 warga Palestin diculik tentera rejim

Tiada alasan diberi dan rumah diserbu

 TEBING BARAT : Tentera Zionis menyerbu Hebron dan Ramallah lalu menculik empat orang rakyat Palestin serta mencedera beberapa lagi rakyat Palestin.

Mereka yang diculik ialah seorang di Hebron, dan tiga orang lagi di Ramallah.

Berdasarkan Persatuan Tawanan Palestin, (PPS), sekumpulan tentera menyerbu ke kawasan Hneina dan Kampung at-Tabaqa, di bahagian selatan Doura, di barat Hamas, dan menggeledah banyak rumah serta ladang.

Tentera rejim juga melepaskan gas pemedih mata, memaksa ramai keluarga keluar dari rumah mereka.

Manakala petani yang sedang memetik zaitun pula diganggu pekerjaan mereka.

Mohammad Awad, seorang aktivis tempatan yang menentang Tembok Tambahan dan Penjajahan Zionis berkata, tentera memaksa ahli keluarga itu keluar daripada kawasan perumahan mereka.

Keluarga Sleibi memagari tanah mereka selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Israel, penjajahan Zionis masih dilakukan tanpa mengambil kira hak rakyat Palestin.

Mereka yang ditawan ialah bekas tawanan politik, Karam Abu Amro, 42 tahun.

Di Ramallah pula, tentera Zionis menangkap Soheil Abu Dayya, Marcel Raed Zeebar dan Mohammad al-Azza di pekan Kobar.

Demi mempertahankan diri  warga tempatan melontar batu ke arah kenderaan tentera Zionis, tetapi mereka bertindak membalas balik dengan bom tangan dan gas pemedih mata.

Ramai yang tercedera dengan kebiadapan Zionis itu.  – AGENSI

*_________________________________________________________________________________________

2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button