Kemanusiaan

Amanat seorang tua, menumpang kasih kepada MAPIM…

Akhirnya Mak Cik Salamah ke Rumah Seri Kenangan

KUALA LUMPUR :  “Kirim salam pada Zulhanis, bagi tahu dia Mak Cik dah pindah rumah orang tua-tua”

Amanat itulah yang akan disampaikan dari Kuala Lumpur ke bumi Syria.

Menurut Aiman aktivis lapangan MAPIM, Mejar Zulhanis Zainol (Setiausaha Agung MAPIM) adalah orang yang bertanggungjawab berjaya mengubah pendirian Makcik Salamah yang tinggal sebatang kara, ke rumah orang tua-tua.

Mejar Zulhanis Zainol kini sedang berada di bumi Syria bersama CEO MAPIM (Dr) Sani Araby Al-Kahery melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan RescueSyria kali ke-15

Mejar Zul sering kali mengajak Mak Cik Salamah berpindah, namun beliau enggan.

Malah sebelum ke Syria, Mak Cik Salamah sekali lagi diajak untuk menemankan ibu Mejar Zul di Pulau Pinang, tetapi Mak Cik Salamah tetap menolak.

Ketika malam, di sinilah ruang tidur Mak Cik Salamah
Beberapa baldi dan bekas cat diletakkan sebagai tadahan air jika hari hujan.

Pertama kali Mejar Zul bertemu beliau ialah pada Mei lalu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan,  sejak itu MAPIM sentiasa bertanya khabar Mak Cik Salamah.

Malah sentiasa mendokan akan kesejahteraan MAPIM.

UmmahToday melampirkan  pautan doa yang diaminkan aktivis pada kala itu.  Klik:  https://www.youtube.com/watch?v=GXFcgG-jjhA

Namun kunjungan pada Oktober lalu, Mak Cik Salamah sendiri yang membuka mulut menyuarakan untuk tidak lagi mahu tinggal di rumah pusaka bapa tirinya, yang terlalu uzur.

Kunjungan Oktober lalu, Mak Cik Salamah mahu MAPIM menguruskan dia berpindah ke rumah orang tua-tua.

Sejurus mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Mak Cik Salamah teruja menantikan detik-detik perpindahannya itu.

Banyak proses yang perlu dilalui, namun akhirnya pada Khamis (3 Dis) itulah hari terakhir untuk beliau berada di Kampung Baru,  sebelum menjadi penghuni tetap Rumah Seri Kenangan, Cheras.

Antaranya, setiap penghuni baru harus menjalani ujian swab berikutan musim penularan wabak Covid -19 bagi memastikan semua penghuni terpelihara daripada virus itu.

Mendengarkan keperluan itu, aktivis MAPIM Malaysia, Yani dan Shahida,  membawa wanita melebihi setengah abad ini, mendapatkan ujian swab untuknya di salah sebuah klinik di ibu negara.

Sebaik negatif keputusannya, maka impian mendapatkan Mak Cik Salamah tempat tinggal yang lebih selesa semakin menghampiri kenyataan.

Menyantuninya bagaikan ibu sendiri, ini bukan kali pertama aktivis ke teratak beliau yang menunggu roboh.

Pesara kerani di sebuah syarikat swasta berasal dari Jerman ini, Mak Cik Salamah sudah 15 tahun meninggalkan alam pekerjaan.

Namun dengan kudratnya yang semakin lemah, beliau masih mahu meneruskan kehidupan berseorangan dan kendiri itu.

“Mak Cik beli lauk jalan kaki di kedai depan tu, kalau pergi rawatan Mak Cik panggillah teksi” – Mak Cik Salamah

Demikian cerita beliau kepada aktivis, ketika menanyakan kebimbangan beliau yang tinggal seorang diri.

Seorang yang agak tegas, dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Ketika bersiap untuk berpindah, berkali-kali dipesannya kepada aktivis, supaya kucing si Belang yang sering menemaninya tidur, jangan tidak diberi makan.

Meneruskan hari-hari tuanya Mak Cik Salamah kini, akan bertemu kawan baharu, menghadiri kelas al Quran dan pelbagai aktiviti disusun kepada golongan warga emas oleh JKM di pusat itu nanti.

Perkataan “terima kasih MAPIM” berulang kali disebut beliau ketika mahu berpindah itu.

Inilah doa  yang biasa dibacakan oleh Mak Cik Salamah setiap kali pasukan MAPIM Malaysia bertandang ke rumahnya.

“Mak Cik doakan semua mana yang datang ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada segala penyakit dan jauhkan daripada segala bala dan perkara-perkara yang tidak diingini. Selamat semua sepanjang hayat mereka.” – Mak Cik Salamah

Pada hari perpindahan, sebak kata aktivis melihat seorang wanita tua dibawa pergi, dengan sebuah van berlogo Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebelum itu, MAPIM Malaysia berbesar hati untuk menghantarnya namun atas prosedur JKM, MAPIM akur.

Pesanan terus disampaikan beliau, `jika Mak Cik dah di sana janganlah lupa jenguk jenguk Mak Cik ya”

Satu kata-kata yang menusuk di kalbu dan bakal kami tunaikan Mak Cik. InsyaAllah!

* Hidup ini satu kitaran. Santuni warga tua dan kanak-kanak, hormati mereka kerana kita juga bakal tua seperti mereka.

Misi Ummah Bantu Ummah
MAPIM Malaysia
____________________
2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
____________________

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com
▶️www.bantuummah.com

atau

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button