KemanusiaanSemasa

TUDM terbangkan 3 bayi bermasalah jantung

Perlukan rawatan segera

KUALA LUMPUR –  Sememangnya tugas hakiki, Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) ialah menjaga keselamatan negara.

Namun nilai kemanusiaan juga terus dibela, apabila pada Jumaat (20/11) TUDM berjaya melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung dari Kuching, Sarawak  untuk mendapatkan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN) dan juga Hospital Gleneagles, di ibu negara.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, dua bayi perempuan dan seorang bayi lelaki diterbangkan ke ke Pangkalan Udara Subang.

“Manakala bayi kedua iaitu Marry Anne Methew Mavrick, berusia 19 hari menghadapi masalah jantung Congenital Heart Block,” kata kenyataan itu.

“Bayi ini menghadapi masalah jantung Congenital Heart Disease akan dirawat di IJN.

“Kesemua bayi berkenaan sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Umum Sarawak,” kata jabatan itu lagi.

Tiga ambulans bersedia di Pangkalan Udara Subang, Selangor untuk membawa tiga bayi 'istimewa' ke IJN dan Hospital Hospital Gleneagles.Tiga ambulans bersedia di Pangkalan Udara Subang, Selangor untuk membawa tiga bayi ke IJN dan Hospital Hospital Gleneagles.

Beliau dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Wan Abdullah Wan Hanapi bersama dua orang Loadmaster iaitu PWU II Amran Rashid @ Jaafar dan Sarjan U Mohd Naim Kamijan serta dua orang Supplementary Crew, iaitu Koperal U Mohamad Azim Jamal dan Koperal U Harun bin Mustafa.
“Penerbangan ihsan ini dilaksanakan oleh TUDM bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera dan tertakluk kepada keadaan-keadaan tertentu terutama nasihat dari pegawai perubatan.

Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pada jam 7.07 malam dan selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 8.43 malam Jumaat (20/11)

“Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial, malahan turut membuktikan bahawa TUDM sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, TUDM berkata, pesawat A400M ini juga turut melaksanakan penerbangan “logistic comm” membawa Tim Mobilisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peralatan perubatan kementerian berkenaan.

Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Academy Medicine Of Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia yang dihantar ke Sabah iaitu ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah juga pernah menggunakan perkhidmatan pesawat terbabit.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button