KemanusiaanSemasaSyria

Kanak-kanak Syria bakal warisi generasi bantut?

Susu mahal, zat makanan kurang

Seorang daripada lapan kanak-kanak di Syria akan mengalami tumbesaran terbantut.
Jumlah itu bagaimanapun sedikit berbeza di bahagian barat laut Syria, yang menyatakan satu daripada enam kanak-kanak, iaitu satu angka yang lebih dibimbangi.
Apa pun angkanya, Jurucakap Kempen Selamatkan Kanak-kanak, Amjad Yamin berkata kekurangan zat makanan menjadi salah satu punca masalah kesihatan yang berpanjangan bagi kanak-kanak mangsa perang saudara itu.
Yamin berkata masalah ini menjadi tumpuan utama bagi mereka untuk membantu kanak-kanak Syria mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang secukupnya.
Tambah Yamin, sekiranya lewat dilakukan – sekiranya anak-anak ini melepasi usia dua tahun, atau pun seribu hari sudah terlewat untuk mereka dibantu dan mereka bakal mengalami tumbesaran yang terbantut sehingga mereka membesar.
Bagi Dr. Firas Hamdo, pakar pediatrik dan makanan sihat di sebuah hospital di bandar Taftanaz, Idlib, beliau melihat peningkatan kurang zat makanan terhadap kanak-kanak.
Antaranya bayi berusia lapan bulan ini yang diukur tahap pemakanan sihatnya.
Namun malang sekali, dia tidak membesar seperti yang selayaknya mengikut tahap piawaian tumbesaran kanak-kanak dunia.
Bayi ini lahir sebaik sebulan ibu bapanya menjadi pelarian tanpa rela.
Ukur lilit pada lengannya menunjukkan bacaan di bawah 10 sentimeter ukur lilit, iaitu satu tanda dalam zon merah, menandakan tumbesaran yang sangat genting bagi kanak-kanak seusianya.
Perkara ini mengingatkan Dr. Hamdo mengenai amaran pakar perubatan dan petugas kemanusiaan akan nasib yang menimpa rakyat Syria setahun selepas perang saudara dilancar Bashar Al Assad Sembilan tahun lalu.
Kanak-kanak ini diberi minum susu tepung F-75 untuk mendekatkan jarak tumbesaran dengan usianya.
Pemberian susu tepung adalah sebahagian kaedah awal bagi memperbaiki tumbesaran kanak-kanak.
Namun, tidak semua mampu membeli apatah lagi memiliki.
Keadaan bayi perempuan ini menunjukkan satu petanda kebimbangan sukarnya mendapatkan makanan di Idlib.
“Terlalu sukar untuk mendapatkan susu tepung buat bayi, kerana walaupun keluarga terbabit ada pendapatan mereka tidak mampu, kerana terlalu mahal’’ kata Dr. Hamdo.
“Seorang bayi memerlukan sekurang-kurangnya setin susu untuk seminggu, namun harganya sudah melonjak kepada $12 paun berbanding $9 paun tiga bulan yang lalu.’’
Harga itu, sangat tinggi dan tidak mampu dibeli bagi satu-satu keluarga pelarian di Syria.
Bukan sahaja di Idlib, keadaan sama berlaku diseluruh bahagian di Syria apabila harga makanan naik mendadak.
Ia ditambah lagi dengan penularan wabak Covid-19, serta kejatuhan menjunam matawang paun Syria.
Sekali gus, mengheret ramai orang ke dalam tahap kemiskinan tegar.
Bulan lalu, banyak kedai membuat roti yang disubsidi oleh kerajaan ditutup akibat kekurangan bekalan gandum.
Angka kanak-kanak mendapat kurang zat makanan terus meningkat.
Pada 20 Oktober lalu,   mendedahkan satu laporan mengenai tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak Syria yang didapati semakin meningkat sejak empat bulan lalu.
Dua perkara utama dikenal pasti OCHA, ialah kekangan yang dihadapi dalam tumbesaran lazim, mendapati berlaku tumbesaran terbantut pada kanak-kanak berusia dari 6- 59 bulan.
Keduanya, kekurangan zat makan akut, yang berlaku pada wanita hamil dan wanita yang menyusu dalam kalangan orang pelarian dan penghuni tanpa negara.
Laporan itu juga menyatakan kebimbangan ekoran angka yang semakin meninggi terhadap kekurangan zat makanan oleh kanak-kanak Syria.
Lonjakan 19-33 peratus kes dicatatkan pada Mei 2019 sehingga September lalu.
Walaupun laporan OCHA tidak menyebut mengenai kebuluran, namun pakar makanan sihat meyakini akan terjadinya musibah itu dalam jangka masa panjang sekiranya permasalahan makanan sihat bagi kanak-kanak ini tidak diberi perhatian.
Sekali gus, anak-anak Syria bakal menjadi anak bantut, atau mangsa kebuluran pada masa akan datang.
Naaudzubillahiminzaliq!
Tergamakkah kita menikmati hidangan sihat, pada masa yang sama ada ummah yang perutnya terikat!
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button