Kemanusiaan

“Habis saya rumah rosak…”

Uncle Subra kongsi sedih dengan MAPIM

SEREMBAN: 10 Nov – “Habislah rumah saya, kemas seorang tak boleh, Thank youlah datang! – demikian rintihan salah seorang mangsa banjir di Kampung Cedang, Seremban, Negeri Sembilan.
Pakcik Subramaniam adalah di antara mangsa banjir kampung berkenaan yang menerima sumbangan daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia.
Seramai 10 buah rumah terjejas di Kampung Pondok Rasah dan Kampung Cedang.
Di Kampung Cedang, tanpa mengenal kaum, bantuan terus dihulur.
Beberapa penduduk yang ditemui rata-ratanya warga emas berbangsa India, sedikit hiba dalam keadaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.
Kini banjir pula menambah sukar, kerana banyak persiapan mereka terjejas dan mereka pasrah dengan apa sahaja yang tinggal.
Antaranya perabot yang terpaksa dijemur kerana basah akibat rumah dinaiki air.
Agihan berupa masakan panas oleh Al Araby Group of Companies juga diagihkan kepada mangsa.
**2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button