PalestinSemasa

Tiga rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel pada hari pertama Ramadan

BAITULMAQDIS : Rakyat Palestin meratapi tiga rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di berhampiran bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada awal Sabtu.

Mangsa yang terlibat adalah Saeb Abhara, 30, Khalil Tawalbeh, 24, dan Saif Abu Libdeh, 25.

Sumber tempatan berkata, Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan berhampiran kampung Arraba, barat daya Jenin ketika ketiga-tiga rakyat Palestin tersebut masih berada dalam kenderaan itu.

Sebuah bas putih menghalang kenderaan yang membawa tiga lelaki itu pada pukul 2 pagi waktu tempatan berhampiran persimpangan kampung Arraba, barat daya Jenin, dan berhampiran dengan pusat pemeriksaan Israel Dotan.

Dalam konteks yang sama, pejuang Hamas berkata bahawa dasar pembunuhan yang diamalkan oleh Zionis Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki tidak akan menjaminkan keselamatan terhadap rakyat Palestin yang diduduki.

Tambahnya, dasar sedemikian akan meningkatkan keazaman rakyat Palestin untuk mengukuhkan penentangan mereka dan menentang pendudukan Israel.

Dalam pada itu, Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin berkata bahawa darah para syuhada akan membuka jalan untuk menuju pembebasan dan kebangkitan, sambil menambah bahawa jenayah baru Israel ini mendorong mereka untuk bersatu.a

Pada Subuh Sabtu, tentera Israel telah menembak mati tiga warga Palestin berhampiran bandar Arraba, selatan Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button