Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestinSemasa

Qobin serah simpanan untuk ke Mekah ke Tabung Palestin!

Sedia untuk ke medan pasca perang di Gaza

KAJANG: Sayu melihat nasib kanak-kanak Palestin yang kehilangan ibu, ayah serta rumah membuatkan figura ini mengorbankan wang simpanan untuk ke Mekah kepada Tabung Kilat Palestin MAPIM.

Penjelajah Grand Slam negara , Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu, beliau masih tidak tahu apakah ibadah haji boleh ditunaikan atau tidak.

Oleh itu, beliau berbesar hati menyumbangkan RM35,000  sebahagiannya daripada peribadi untuk Gaza bagi membantu saudara seagama yang mengalami kesengsaraan akibat kekejaman rejim Israel.

“Ini adalah asbab untuk saya membantu perjuangan ummah dan kepada rakyat Palestin. Saya bukanlah orang senang untuk membantu, tapi sedikit sebanyak apa  rezeki yang ada saya berikan untuk perjuangan Islam, dan bangsa Palestin di Gaza, dan ini memang peribadi daripada saya untuk berjuang, kalau berjuang di sana adalah lebih baik, tapi saya memberikan apa yang termampu yang boleh, untuk perjuangan Palestin.” –  EXCO Pemuda UMNO/Penjelajah Grand Slam negara / Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

Datuk Muqharrabin selaku Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai berkata bagi manfaat ummah beliau berharap sumbangan kecil daripada dirinya untuk manfaat rakyat Palestin.

Beliau turut berkongsi kepada UMMAHToday bahawa beliau menangguhkan dulu hasrat wang terkumpul untuk mengerjakan haji serta pembelian peralatan sukan, namun demi beliau mendahulukan kepentingan penduduk Palestin daripada keinginan peribadinya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian berkata isu perjuangan rakyat Palestin ini bukan isu agama sebaliknya ia adalah isu kemanusiaan.

Walau dari segi paparannya memperlihatkan ramai sokongan daripada orang Islam beliau akan memperhebatkan kempen untuk mengajak masyarakat bukan Islam dengan lebih ramai lagi bersama-sama menunjukkan solidariti mereka kepada Palestin.

“Kita sedar umat Islam dan warga Palestin juga mengalu-alukan infaq, atau bantuan, bukan umat Islam sahaja  tapi umat manusia secara global.  Saya percaya di Malaysia ada juga non muslim yang sedia tampil membantu, ke arah usaha ini. Saya bangkitkan ini kerana baru-baru ini ada video tular yang menggambarkan ini ialah isu hanya orang Islam mengambil tahu, kita nak perbetulkan fakta tersebut isu ini bukan isu agama walaupun ada angle atau dari sudut agama, tapi lebih besar dari sudut kemanusiaan yang menunut bantuan dari seluruh umat manusia. ” – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian

UMNO juga akan melancarkan tabung Palestin petang ini (21 Mei) yang mana perancangannya telah dilakukan sebelum gencatan senjata lagi. Kutipan itu katanya akan digunakan bagi tujuan pemulihan Gaza dan masyarakat di Tebing Barat. Bantuan katanya haruslah berterusan dan bukan sekadar pada waktu peluru-perlu berpandu menyerang Gaza tetapi secara berterusan.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button