Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Berehatlah wahai syuhada’

Angka mangsa terkorban terus meningkat biarpun gencatan senjata

GAZA : Biarpun gencatan senjata sudah termeterai antara dua pihak iaitu Israel dan pejuang Hamas pagi semalam (21 Mei 2021), namun, angka mangsa yang terkorban akan terus meningkat.

Hal ini kerana, pasukan keselamatan dan orang awam di sekitar Gaza sedang giat menjalankan usaha mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang menjadi sasaran rejim Zionis.

Keganasan yang berlangsung selama 11 hari itu secara kasar mengorbankan seramai 248 syahid dan 1948 cedera, manakala, dalam angka itu jumlah kanak-kanak yang turut terkorban ialah seramai 66 orang dan 39 wanita, serta 17 warga emas.

Jenazah mujahidin dikeluarkan dari terowong

Sementara itu, Pemimpin Hamas, Khalil Hayyeh lantang membidas dakwaan bongkak Presiden Israel, Benjamin Netanhayu yang mengatakan tentera Israel telah menang apabila terowong para pejuang dimusnahkan.

Khalil Hayyeh menegaskan barisan pejuangnya, Briged Al-Qassam masih hidup dan sedang berjalan di bawah terowong di Semenanjung Gaza.

Sumber #CybertroopersPalestine

Semalam sahaja, dilaporkan sembilan syuhada’ dikeluarkan dari runtuhan terowong dan disembahyangkan ribuan penduduk Palestin.

Orang ramai berebut mengangkat jenazah mujahidin untuk disembahyangkan

Walaubagaimanapun, usaha pasukan keselamatan dan orang awam dalam mencari mangsa di celahan bangunan masih giat dijalankan.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

___________________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button