Covid19KemanusiaanKesihatanSemasa

Capai imuniti kelompok usaha sama KPKT dan MAPIM Malaysia

Ummah Mobile Clinic akan jadi pusat pemberian vaksin bergerak

AMPANG : Peranan MAPIM Malaysia dalam membantu ummah semakin diperakui, apabila dijemput ke Parlimen Ampang bagi berkhidmat kepada masyarakat di sana. Bagi memenuhi jemputan itu dan memberi khidmat terbaik, MAPIM Malaysia turut membawa sekali klinik bergerak miliknya yang dikenali sebagai Ummah Mobile Clinic.

Melihat pada keupayaan Ummah Mobile Clinic, Datuk Dr. Hajah Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang, juga menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat menjadikan Ummah Mobile Clinic sebagai satu inisiatif membantu pihak kerajaan mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Ogos atau awal September ini.

Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, dengan adanya Ummah Mobile Clinic yang dilengkapi dengan fasiliti moden, ia dapat membantu proses pemberian vaksin, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau memberi maklum positif itu selepas melakukan kunjungan ke Ummah Mobile Clinic yang beroperasi daripada bas dua tingkat. Ia diasaskan daripada cetusan idea dan pantauan rapi oleh (Dr) Sani Araby Al-Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia.

Kunjungan Datuk Dr. Zuraida di dalam Ummah Mobile Clinic diiringi (Dr.) Sani Araby Al-Kahery

Pada program vaksinasi di PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah, Ampang, beliau merancang mewujudkan  satu ekosistem untuk  membantu kelancaran program vaksinasi bagi mengurangkan beban petugas barisan hadapan.

“Usaha rintis ini dapat membantu mengurangkan beban petugas barisan hadapan di PPV,” – Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin / Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata peluang kerjasama dengan pihak kerajaan itu memberi ruang untuk menyantuni ummah tanpa mengira kaum  di seluruh pelosok negara.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia

“Ini merupakan satu usaha yang MAPIM Malaysia kira amat strategik bagi memberi khidmat kepada Ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Memang itulah tujuan kewujudan Ummah Mobile Clinic, bagi memberikan khidmat ‘jannah class’ kepada semua.” – (Dr.) Sani Araby Al-Kahery / CEO MAPIM Malaysia

Tambah (Dr.) Sani, MAPIM Malaysia turut teruja berkesempatan menjadi jentera penggerak demi kesejahteraan ummah.

Sementara itu, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia Mejar Bersekutu (PA) Zulhani Zainol menyeru seluruh rakyat bergerak seiring bersama MAPIM Malaysia memberi senyuman untuk mereka yang memerlukan dengan menyalurkan sumbangan ke www.BantuUmmah.com

Turut sama menyahut usaha kerajaan dalam program vaksinasi itu ialah Bendahari Agung MAPIM Hj Faris Hussain, yang hadir bagi penerangan Ummah Mobile Clinic MAPIM di PPV Ampang Indah.

Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom /Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)

________________________________

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button