Semasa

Lebih 30 kilang bakal dirobohkan

Punca pencemaran sungai di Selangor

SHAH ALAM 24 Mac : Lebih 30 kilang di sekitar kawasan Sungai Langat dan Sungai Semenyih telah dikenalpasti berpotensi menyebabkan pencemaran di Selangor.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, operasi perobohan kilang yang menjadi punca pencemaran sungai berlaku akan diteruskan oleh kerajaan Selangor.

“Sebelum ini, tindakan sama telah dikenakan ke atas lapan buah kilang di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang selepas didapati menyebabkan pencemaran pada sumber air. Kerajaan negeri telah  melaksanakan proses pemutihan kilang haram dan sudah sampai masanya untuk kita ambil tindakan berhubung perkara ini,” – Menteri Besar Selangor / Datuk Seri Amirudin Shari

Tambah beliau, untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sembilan kes yang berpotensi menjadi punca sungai tercemar dan henti tugas Loji Rawatan Air berjaya dielakkan.

“Kerajaan negeri sedar akan masalah ini berterusan bukan disebabkan kilang haram, malah kilang yang sah juga terlibat dalam pencemaran ini. Malah, ada juga kes pencemaran berlaku disebabkan kelemahan sistem kumbahan, kecuaian serta tindakan yang disengajakan oleh pihak tertentu,” Menteri Besar Selangor / Datuk Seri Amirudin Shari.

Beberapa usaha telah dilakukan oleh kerajaan Selangor memastikan isu pencemaran sungai tidak lagi berulang yang boleh mengundang kesukaran bagi orang ramai.

“Pertamanya, kita sudah menguatkuasakan undang-undang dengan pindaan Enakmen LUAS yang mengenakan hukuman penjara mandatori kepada pesalah. Kita juga teruskan rondaan 24 jam dengan menambah pegawai peronda sungai bagi mengatasi masalah ini,” – Menteri Besar Selangor / Datuk Seri Amirudin Shari.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button