Covid19DuniaPalestin

Katil hospital di Gaza semakin kurang untuk mangsa bom Israel

"Dulu sibuk rawat pesakit Covid-19, kini rawat mangsa serangan pula"

GAZA : Beberapa minggu lepas, hospital di Gaza memberikan rawatan kepada para pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 yang semakin meningkat. Namun, disebabkan kekejaman zionis ke atas Gaza dalam serangan baru-baru ini, jumlah pesakit ditambah dengan mangsa yang tercedera dan terkorban dalam serangan itu.

Dalam serangan terbaru, ia meragut 103 nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah, termasuk 27 kanak-kanak, dan 530 lagi tercedera dalam serangan udara yang menyebabkan banyak kemusnahan yang teruk di bandar itu.

Orang ramai bergegas menghantar mangsa dengan menaiki kereta kereta malah ada yang berjalan kaki terus ke hospital tanpa menunggu ambulans. Walaupun dalam keletihan, doktor tetap bertungkus-lumus terus memberi rawatan kepada semua pesakit.

Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza, Abdelatif al-Hajj memaklumkan sebelum terjadinya serangan ini pihak hospital sedang sibuk mengatasi gelombang kedua virus Covid-19 yang melanda negara itu.

Doktor memberi rawatan kepada seorang gadis yang cedera di ICU Hospital Shifa di Gaza akibat kekejaman zionis

“Sebelum jadinya serangan ini, pihak hospital sedang giat memberikan rawatan kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19 sehingga menyebabkan kekurangan katil bagi menampung pesakit Covid-19 dan mengatasi gelombang kedua virus. Namun, sekarang ditambah pula dengan lambakan pesakit yang menjadi mangsa kekejaman zionis Israel,” – Pegawai Kementerian Kesihatan Gaza / Abdelatif al-Hajj

Beliau juga memaklumkan pihak hospital kekurangan peralatan dan bekalan seperti beg darah, lampu pembedahan, anestesia, dan antibiotik. Pakaian perlindungan diri (PPE), mesin pernafasan dan tangki oksigen juga semakin berkurangan.

Serangan kejam turut memusnahkan dua klinik kesihatan di utara Bandar Gaza pada Selasa (11 Mei) yang menjadi tempat untuk orang ramai melakukan ujian saringan Covid-19. Minggu ini, pihak berkuasa melakukan kira-kira 300 ujian sehari, berbanding dengan 3.000 sebelum serangan bermula.

Kanak-kanak Palestin hari ini sepatutnya mengenakan pakaian baru untuk menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Mereka seharusnya mengirimkan salam, berdoa, bergembira bersama keluarga. Tetapi rejim Israel memutuskan untuk melancarkan pengeboman kepada mereka.

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza  ATAU  menerusi Akaun Maybank  DANA MAPIM : 5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)  atau Whatapps 012-800-2016

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button