PalestinSemasa

Dua tebusan israel anggap Netanyahu bahayakan nyawa mereka

Dua tebusan Israel di Gaza telah menganggap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka, menurut video yang dikeluarkan oleh pejuang Palestin.

Video yang dikeluarkan di Telegram oleh sayap tentera kumpulan penentang Palestin Jihad Islam, Briged Al-Quds, menunjukkan Hanna Katzir, 77, dan Yagil Yaakov, 13, dari Kibbutz Nir Oz.

Katzir menganggap Natanyahu bertanggungjawab untuk “keseluruhan masalah, untuk apa yang berlaku di sini, dan untuk kekacauan di dunia.”

Dia menggesa Netanyahu meletak jawatan dan bersara dan mendesak kerajaannya mencapai persetujuan supaya semua tebusan di Gaza boleh kembali kepada keluarga mereka.

Katzir berkata, “Pejuang Jihad (Islam) melakukan segala-galanya untuk memastikan kami selamat. Mereka melayan kami dengan cara yang sangat hormat.”

Remaja itu mengarahkan mesejnya kepada Netanyahu, “Anda membunuh kanak-kanak dan tahanan Israel.”

“Anda memotong air, elektrik dan ubat-ubatan, dan kami, sebagai tawanan, memerlukan semua itu,” tambahnya.

Briged Al-Quds menyatakan kesediaan untuk membebaskan kedua-dua tebusan “atas sebab kemanusiaan.”

 

Related Articles

Back to top button