KemanusiaanSyria

Jadikan bersedekah agenda kalendar tahun baharu!

Selamat tinggal 2020, Selamat datang 2021!

BANGI : Tahun 2020 semakin melabuhkan tirainya.

2020 juga menyaksikan betapa banyak penderitaan manusia apabila menularnya wabak pandemik Covid-19, yang menyaksikan semua dunia terhenti seketika.

Perintah berkurung dilaksanakan di beberapa negara di dunia, angkara zarah halus Covid-19 yang menjejaskan ekonomi, politik dan saling kait hubungan antara negara-negara berkaitan.

Pelbagai teori dijelmakan mengenai Covid-19, apa pun usaha terus dilakukan mencari dan membangun vaksin untuk merawat penyakit itu.

Pada ketika vaksin telah ditemui daripada beberapa negara yang membangunkannya seperti Sputnik dari Russia, Pfizer dari Amerika Syarikat, ada pula varian baharu virus yang menyebabkan manusia terus menjadi mangsa.

Perjuangan untuk manusia sejagat terus hidup bebas tanpa corona virus terus di`lumba’kan dengan mereka vaksin baharu, teknologi dan amalan hidup dengan norma baharu, oleh pelbagai agensi  di dunia.

Bagi orang Islam kelangsungan untuk hidup bukan bersifat diri sendiri namun insan membantu insan lain, sebagai fikrah hidup yang saling memerlukan.

Dalam konsep hidup sebagai seorang Islam bantu membantu adalah satu amalan mulia dan itulah yang antara mendatangkan berkatnya dalam kehidupan seseorang muslim.

Bagi rakyat sebuah negara, pelbagai pelan dan tindakan kerajaan membantu rakyatnya yang terkesan, umpamanya Malaysia dengan PRIHATIN dan PENJANA sememangnya menjadi satu tanggungjawab seorang pemimpin.

Manakala bantuan lain pula dilakukan oleh NGO dan badan wakaf serta agensi agama yang sentiasa menghulur tangan kepada yang mereka yang terjejas.

Lebih-lebih lagi selepas malapetaka virus corona yang mencengkam kehidupan manusia, apa pun pekerjaan dan bisnesnya juga pangkat dan status mereka.

Pelbagai NGO, Lembaga Zakat dan Majlis Agama dari negeri masing-masing turun padang, menyantuni ummah, berupa pelbagai bentuk bantuan termasuk ketika musibah tidak dilupakan orang perseorangan yang terus bersedekah.

Benar, sedekah di waktu susah lebih berharga kerana Allah saja yang mampu membalasnya.

Berkatnya sedekah itu amat dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW, malah sedekah adalah bukti amalan kita.

Abu Malik Al-Harits bin ‘Ashim Al-Asy’ari RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Kesucian itu sebagian dari iman, dan kalimat alhamdulillah memenuhi timbangan. Kalimat subhanallah dan alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi. Shalat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu cerminan, Al-Qur’an itu hujjah yang akan membela atau menuntutmu. Setiap manusia bekerja. Ada yang menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya, dan ada pula yang menghancurkan dirinya.” (HR. Muslim)

Sedekah dan Infaq  yang dibelanjakan dapat membantu kita di alam yang bakal dilalui kelak.

Pelbagai infaq kepada fakir miskin sesama muslim, infaq bencana alam tidak dilupakan mangsa perang dan juga pelarian, terutama saudara seIslam kita yang menjadi pelarian tanpa negara.

Antaranya pelarian Syria yang tinggal di khemah sementara, berdinding beratapkan kanvas bukan beberapa hari namun menghampiri sedekad.

Kehidupan seharian di dalam khemah dan dalam cuaca sejuk mendatang, dengan anak-anak yang tiada pendidikan.

Sesungguhnya kesusahan yang dilalui sebahagian yang lain tidaklah seburuk mereka yang bernama pelarian.

Generasi pelarian ini harus diberi pendidikan dan bantuan berterusan, tanggungjawab saudara seIslam khususnya membantu mereka.

Meninggalkan 2020, moga 2021 Allah mengurniakan semua muslimin dan muslimat pahala berganda dengan kesabaran menghadapi musibah dan ujian dariNya.

Malah dengan kesusahan yang dialami manusia sejagat terus membantu dan muslimnya terus menyuburkan sedekah diharap Allah memberi ganjaran kepada tahun baharu yang akan mendatang.

Kalendar tahun baharu kini bukan sahaja perlu mencatat tugasan harian insan, kerja-kerja di pejabat sebaliknya diisi juga mengenai tarikh sedekah kepada siapa dan ke mana.

Jika elok lagi sedekah menjadi sebahagian perbelanjaan bulanan kita, sedikit tidak mengapa tetapi niatnya.

Mungkin bagi seseorang amat sukar namun tiada yang diamalkan tanpa ada permulaan.

2020 mengajar kita bersabar, dalam kesempitan pun ada bahagian juga untuk yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”

Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Sehubungan itu, dalam musibah Covid-19 yang menghimpit individu di seluruh dunia, amalan berterusan bersedekah amat besar ganjarannya.

Sedekah itu bukan sahaja mampu untuk menolong orang lain, tetapi akan membantu diri kita juga di alam satu lagi nanti.

Selamat tinggal 2020, Selamat datang 2021 – Suburkan sedekah, kerana sedekah membawa berkah!

INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button