Bantuan MAPIM Di Gaza

Terpisah jauh, Palestin tetap dalam ingatan MAPIM Malaysia

5,000 kotak bantuan makanan infaq Ramadan 2021

  1. GAZA : Pada saat masyarakat Islam di negara lain sedang menikmati juadah Ramadan, penduduk Palestin khususnya di Gaza tidak pernah dilupakan.

Infaq umat Islam yang disalurkan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, meneruskan tradisi menghulurkan sumbangan kepada masyarakat Palestin pada Ramadan setiap tahun.

Jika sebelum ini iftar Ramadan diadakan kali ini, disebabkan pandemik COVID-19 sumbangan berupa kotak bantuan sebanyak 5,000 kotak bantuan makanan.

Walaupun terpisah dengan jarak hampir 7,000 kilometer, dipagari pagar besi dan tembuk pemisah di sempadan Rafah-Mesir, namun kerjasama  dan rasa kebersamaan yang terjalin di antara rakyat Malaysia dan penduduk di Gaza, tidak pernah menjadi penghalang bantuan terus disalurkan.

Jalinan persaudaraan itu diterjemahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, yang diketuai oleh (Dr.) Sani Araby Al  Kahery untuk Ramadan 2021 kali ini.

Kira-kira 5,000 kotak bantuan makanan akan diedarkan di beberapa daerah di Gaza antaranya ke Khan younis, Beith Hanoun dan Jabaliayah.

Selain daripada  itu penubuhan Pusat Kebudayaan dan Perancangan Strategik MAPIM-PALMS (Palestinian Malaysian Strategic Center) kira-kira dua tahun menjadi bukti gerak kerja hubungan serius dua negara ini.

“Kita sedar kesan wabak pandemik COVID19 yang melanda dunia hari ini menyukarkan lagi keadaan terutama buat saudara kita di Gaza, namun tidak menjadi penghalang terutama bagi MAPIM Malaysia untuk terus membantu” – CEO MAPIM Malaysia /  (Dr)  Ahmad Sani

Moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak mampu memberi keceriaan buat saudara kita di Gaza terutama menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

DCIM100MEDIADJI_0086.JPG

***Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!


MAPIM Malaysia merayu infaq
rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
562834636620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button