Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Penyokong Palestin desak Washington hentikan bantuan kepada Israel

Peringatan Lincoln dibanjiri penunjuk perasaan

WASHINGTON: Lebih 1,000 orang berhimpun di Washington sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada penduduk Palestin dan mendesak Amerika Syarikat menghentikan bantuan ke Israel.

Menurut agensi AF, tunjuk perasaan di sekitar Peringatan Lincoln itu berlaku selepas seminggu gencatan senjata diisytiharkan yang menamatkan pertempuran sengit selama 11 hari di antara Israel dan Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Kami berharap dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pemimpin Amerika Syarikat bahawa hari menyokong Israel tanpa kesan sudah berakhir. Kami akan berdiri bersama menentang mana-mana ahli politik yang terus membiayai senjata kepada Israel. Kami akan menentang mereka, kami tidak akan mengundi mereka, kami akan membiayai lawan mereka,”,” – Sharif Silmi, 39, peguam — penunjuk perasaan

Lama Alahmad, seorang penduduk di Virginia, asal Palestin, berkata pendapat umum Amerika ketika ini berpihak kepada perjuangan Palestin.

“Ada perubahan besar yang berlaku di Amerika berkaitan dengan tujuan Palestin untuk mendapatkan tanah air yang berdaulat. Kami hanya mahu dunia menyedari bahawa kami adalah manusia. Kami bukan pengganas, ,” –   Alahmad / asal Palestin – penunjuk perasaan

Alahmad, seorang suri rumah 43 tahun yang dibesarkan di Emiriah Arab Bersatu sebelum berpindah ke Amerika sekitar 20 tahun yang lalu.

Silmi menegaskan kini wujud bantahan meluas di Amerika terhadap bagaimana Israel memperlakukan rakyat Palestin, yang disamakan dengan apartheid di Afrika Selatan.

“Ramai yang sudah menyedarinya dan kami menentang. Sama ada pemuda Yahudi, Muslim ,belia kulit hitam, kulit putih, ada perubahan dalam kalangan generasi muda. Ramai yang menuntut perubahan, kebebasan bagi rakyat Palestin,”

*******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button