DuniaKemanusiaanKerohanianPendidikanSemasaSyria

Sekolah belum dibuka, tetapi sudah diserbu anak-anak Syria.

Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia yang ke-38

Syria : Pendidikan rasmi adalah ‘barang mewah’ di sini. Ramai anak pelarian yang apabila ditanya sama ada masih bersekolah ataupun tidak, hanya mampu tersenyum menggeleng-geleng. Walaupun ayah dan ibunya ada pekerjaan tetap di sekitar kem, tetap kepentingan pendidikan tidak mampu mereka angkat ke tempat yang paling tinggi. Apatah lagi untuk yang memang tidak ada kerja tetap, dan jumlahnya lebih ramai. Bukan mereka tidak mahu, tetapi memang begitulah pilihan yang ada buat waktu ini. Semuanya demi memastikan perut mereka sekeluarga sentiasa terisi.

MAPIM Malaysia tahu sesuatu perlu dilakukan. Alhamdulillah, Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia yang ke-38 sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu waktu untuk dirasmikan.

Semasa memeriksa persiapan pembukaan Sekolah Wakaf MAPIM Malaysia yang ke-38, hasil sumbangan rakyat Malaysia, MAPIM Malaysia yang diketuai oleh Ketua Misi (Dr) Sani Araby Al-Kahery, disambut dengan sebuah bangunan yang megah bukan sahaja untuk dibanggakan oleh pelajarnya nanti, tetapi juga dibanggakan oleh penduduk di sekitar, dan juga dibanggakan oleh penyumbang dari Malaysia.

“Kita merancang sekolah yang bukan sahaja tahan untuk digunakan sampai bila-bila, tetapi juga punyai reka bentuk dan seni binaan yang tidak dimakan waktu.  Yang cantik mata memandang dan membuat anak-anak bersemangat ke sekolah. Namun, harus dalam kos yang sewajarnya. Ini memang cabaran dan alhamdulillah, MAPIM Malaysia berjaya. Kita memang kena ‘cerewet’ sebab ini semuanya adalah berkat sumbangan orang ramai di Malaysia.” (Dr) Sani Araby Al-Kahery

Ketua Misi Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Sebaik pintu pagar besi sekolah yang tahan dan cantik binaannya dibuka, kami disambut dengan laman yang moden dan praktikal. Pekerja-pekerja dari kem pelarian Syria gigih membuat kerja-kerja akhir. Alhamdulillah, pembinaan sekolah ini bukan sahaja rahmat untuk anak-anak, tetapi untuk mereka semua.

Ada yang menanam rumput, ada yang mengecat, ada yang membersihkan lantai kelas. Malah ada yang membawa anak-anak ikut membantu. Apabila ditanya ternyata anak-anak ini yang sukarela kerana memang mereka teruja, dan mereka  memang tidak ke sekolah. Semoga ini semua akan berubah selepas sekolah ini dibuka. Sekolah ini akan mampu menampung 1500 orang pelajar untuk satu sesi. Ia boleh digunakan untuk dua sesi.

((Dr) Sani Araby Al-Kahery kadangkala terpaksa menjadi arkitek demi memastikan pembinaan sekolah mencapai kualiti yang tinggi.

MAPIM Malaysia bukan sekadar memeriksa, malah turut mencuba sendiri keadaan di dalam kelas. Sama ada ini selesa ataupun tidak. Alhamdulillah, walaupun kami semua bersaiz dewasa ia tetap nyaman dan sangat selesa. Tidak ada angin sejuk yang membuatkan fokus hilang, meja kayu sangat berkualiti, papan putih yang besar, tingkap yang terang, dan bumbung tinggi yang menyegarkan keadaan.

(Dr) Sani Araby Al-Kahery menjadi ketua kelas. Maulana Helmi penolong ketua kelas. Heliza Helmi AJK Keceriaan. Di belakang Heliza, Zulfadli, Kapten Nik, Aimie Ramli, Bahruddin, Adli, dan Zaidi.

Bukan sahaja kelas, malah MAPIM ikut memeriksa padang permainan di belakang sekolah. Pada mulanya ia hanya tanah kosong, tetapi (Dr) Sani Araby Al-Kahery bertegas, ia akan dijadikan padang permainan dan dilapik bata yang berkualiti. Biar anak-anak ini kasutnya tidak rosak dan kakinya tidak panas di musim panas, tidak sejuk di musim dingin. Biar mereka merasa bagaimana asyik bermain bola sepak di belakang sekolah.

Memeriksa padang belakang sekolah yang dahulunya hanya tanah berpasir dan berbatu kasar.
(Dr) Sani Araby Al-Kahery menguji petak gol.

Ketika MAPIM Malaysia memeriksa itu kami perasan sekumpulan anak-anak yang kering rambutnya ikut mengintai dari pintu pagar belakang. Wajah-wajah mereka terlihat sangat ceria walaupun nampak tidak terurus. Heliza Helmi segera mendapatkan mereka, dan semuanya jelas merekalah bakal pelajar di sini. Yang saban hari lalu dan memerhati dengan perasaan penuh teruja. Kami jemput mereka masuk dan wajah teruja itu bertambah-tambah seperti cerianya anak-anak kita melihat taman permainan di depan mata. Menjerit kegembiraan. Namun, untuk anak-anak ini, ia lebih lagi. Mungkin seperti melihat Disneyland.

Apabila ditanya adakah mereka sudah tidak sabar mahu ke sekolah lagi? Mereka semua menjerit ya. Kemudian mereka menyanyikan lagu Malaysia Syria wahed wahed wahed.

Keceriaan anak-anak ini membuatkan lelah dan penat kami ke sana tidak terasa. Semoga anak-anak inilah yang akan menjadi guru, jurutera, doktor, askar, polis, nurse, pekebun moden, saintis, juruterbang, yang akan kembali membangunkan Syria. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Nantikan perasmian sekolah Wakaf Malaysia ke-38 dalam jangkamasa terdekat.

Foto : Media MAPIM – Zulfadli / Zaidi / Aimie Ramli

TEAM RESCUESYRIA MAPIM SUDAH BERADA DI SYRIA MENGURUS INFAQ ANDA UNTUK
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button