Dunia

Facebook jual Instagram dan Whatsapp?

Facebook hadapi fail tuntutan mahkamah

WASHINGTON: Syarikat Facebook mungkin terpaksa menjual dua aset berharganya iaitu WhatsApp dan Instagram selepas Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (FTC) dan hampir semua negeri di negara berkenaan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat media sosial itu.

Tuntutan mahkamah tersebut adalah mengenai dakwaan Facebook menggunakan strategi ‘beli atau kuburkan’ untuk menewaskan pesaing dan memastikan mereka tidak dapat berkembang.

Dengan dua tuntutan mahkamah tersebut, Facebook menjadi syarikat teknologi besar kedua yang menghadapi cabaran undang-undang selepas Jabatan Kehakiman AS menyaman syarikat pemilik Google, Alphabet Inc. Oktober lalu atas alasan menggunakan pengaruh pasaran bagi menangkis saingan.

pic:DataNerdsFTC berpendapat bahwa Facebook memperoleh dua aplikasi tersebut dalam upaya mempertahankan dominasi pasarnya.

Oleh karena itu, Instagram dan WhatsApp harus dipecah daripada Facebook.

Kehilangan Instagram dan WhatsApp akan menimbulkan pertanyaan serius tentang kelangsungan hidup Facebook dalam jangka panjang.

Kedua-dua aplikasi popular itu dimaksudkan untuk memainkan peranan penting untuk masa depan Facebook, yang penggunaannya terus meningkat dalam beberapa tahun terakhir.

pic:TechSpot

Newstead turut menimbulkan keraguan mengenai dakwaan Facebook mengundang bahaya dengan alasan pengguna mendapat manfaat daripada pemerolehan aplikasi tersebut apabila WhatsApp boleh digunakan secara percuma dan aplikasi lain termasuk YouTube, Twitter dan WeChat juga berjaya tanpa akses ke platform pembangunnya.

Facebook bagaimanapun tidak memberi respon terhadap laporan berkenaan.

Bulan lalu, Facebook mengatakan akan membeli syarikat pemula perkhidmatan pelanggan Kustomer dalam pemerolehan yang menurut Wall Street Journal bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion).

Syarikat tersebut juga membeli Giphy, laman web popular untuk membuat dan berkongsi gambar animasi atau GIF, Mei lalu.

-Muhammad Arshad  Azmi (Pelatih Fakulti Animasi UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button