KemanusiaanSemasa

SALIMAH, AMAL hasrat kukuh kerjasama dengan MAPIM

Perkuat khidmat organisasi Islam

KAJANG/SEPANG Ahad 11 April : Beberapa organisasi Islam tampil untuk memperkukuh kerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM.

Kunjungan diterima daripada Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, SALIMAH dan Jabatan Amal Negeri Selangor, JAMNS.

JAMNS  diketuai oleh Pengarah Negeri Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin turut melawat Ummah Central Warehouse, gudang MAPIM yang menempatkan logistik gerak kerja dan barangan bantuan individu dan syarikat kepada MAPIM.

Terdahulu rombongan Tuan Shehdi Hazrik, bersama sukarelawan AMAL,  turut melawat Wisma MAPIM, serta meninjau bas dua tingkat ummah, serta klinik bergerak MAPIM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery santunan ummah daripada dua organisasi Islam itu akan memperkuat organisasi yang mempunyai satu tujuan yang sama bersama MAPIM iaitu berkhidmat untuk ummah.

Tambah beliau, susulan penerangan daripada pucuk pimpinan MAPIM beserta lawatan yang diadakan, satu keputusan telah dihasilkan untuk menjadikan MAPIM sebagai pusat khidmat kepada organisasi Islam dalam hal-hal berkaitan inovasi, pengajuran program, fasiliti dan aset, latihan serta gerakan bantuan.

“Insyallah bermula Ramadhan ini, kita akan menggerakkan kerja bantuan serta klinik bergerak MAPIM dengan kerjasama lebih banyak NGO yang bakal datang untuk bersama dengan MAPIM.” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM /  (Dr.) Sani Araby Al Kahery

#365 hari untuk Ummah

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata pertemuan itu dapat menjernihkan sebarang spekulasi dan tanggapan salah terhadap Pertubuhan NGO Islam ini demi menjaga kepentingan Ummah bersama semua NGO Islam, Parti politik Islam terutama dengan Kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MAPIM Mejar Zulhanis Zainol berkata MAPIM sebagai platform Angkata Pertahanan Awam, yang mana  MAPIM kini menjadi penasihat kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

MAPIM yang baru-baru ini menubuhkan CDERT APM juga akan memperluaskan penyertaan kepada golongan profsional.

Sementara itu, Tuan Shehdi Hazrik, berkata kunjungan berkenaan itu mampu mengembalikan kerjasama erat yang pernah dibina di antara kedua-duanya pada lima tahun sebelum ini.

Katanya, hubungan di antara Jabatan Amal Malaysia dan MAPIM pernah terbina erat semasa awal penubuhan Mapim bersama arwah Hj Abdul Aziz Abu Bakar dan pernah bergerak bersama dalam misi pengumpulan dana bagi membantu pembinaan semula Gaza Palestin di seluruh Selangor.

 “Kita melihat satu ruang dan peluang yang baik buat anggota Amal apabila mereka didedahkan dengan misi-misi diluar negara bersama pasukan bekerja Mapim yang diketuai Dr Sani”  – Pengarah Negeri Selangor /  Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin 
Perbincangan di kali ini lebih terarah kepada ruang kerjasama yang boleh dibina dalam misi kemanusiaan atau bencana alam.

Di Wisma MAPIM, pimpinan juga menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, SALIMAH pada Jumaat lalu.

Rombongan SALIMAH diketuai oleh Yang Dipertuanya Ustazah Datin Aminah Haji Zakaria mengunjungi pimpinan tertinggi MAPIM di Wisma Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Ustazah Datin Aminah menyahut baik aspek tijarah yang diwujudkan MAPIM.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery dan pimpinan lain MAPIM.

Merujuk kepada usahawan wanita terunggul Islam, iaitu Saiditina Khadijah beliau berkata infaq Saiditina Khadijah  kepada perkembangan Islam daripada perniagaan yang dijalankan amat wajar dicontohi.

“Saya bangga dengan perjalanan MAPIM, dan ucap tahniah kepada semua pimpinan MAPIM dan semoga diberi ganjaran daripada Allah SWT”- Yang Dipertua SALIMAH / Ustazah Datin Aminah Haji Zakaria

Beliau juga mendoakan semua projek yang dijalankan MAPIM dipermudah dan mendapat kejayaan.

Sebelum ini, MAPIM pernah bekerjasama dengan SALIMAH dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Di samping menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas dengan beberapa lagi NGO itu adalah bagi meninjau situasi perkembangan di Gaza dan dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana.

Related Articles

Back to top button