Kemanusiaan

Ditinggalkan suami, MAPIM datang bantu kurangkan beban belanja sekolah

Prihatin terhadap golongan asnaf dan ibu tunggal

BANGI : Tinggi melangit harapan seorang ibu demi untuk mencorakkan kejayaan dan masa depan anak-anak.

Tanggungjawab mendidik anak-anak yang sepatutnya dipikul bersama-sama seorang bapa, hampa apabila, hanya ibu tunggal yang terpaksa menggalas bebanan itu.

Ditemui penulis ketika program ”Back To School’ 3.0” anjuran MAPIM Malaysia beliau hadir walau mempunyai kekangan pengangkutan.

Meminta belas ihsan jiran untuk meminjam kereta dan membayar RM50 namun atas dasar kemanusiaan jiran menolak mengambil sebarang keuntungan.

Itulah rezeki wanita cekal Rozana Hamzah, 46 tahun, yang menetap di Ampang.

Rozana hadir bersama dua orang anaknya, Muhamad Raj Danial Bin Shahid Suresh,15 tahun yang sedang belajar di Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang  dan anak perempuannya, Nor Aleesya Sharmila Shahid Suresh, 12, di Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.

 

Beliau dan Danial menzahirkan kegembiraan apabila menerima set kelengkapan sekolah setiap seorang.

“Alhamdulillah dapat juga kami terpilih dalam program bantuan persediaan sekolah ini, ” kata Danial.

Kedua-dua anak beliau telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan berkepimpinan.

Walaupun jadual sekolah agak padat, Muhamad Raj Danial memberikan komitmen yang tinggi dalam akademik.

Di samping itu juga mengikuti pembelajaran di Maahad Tahfiz Nurul Yaqin, Ampang dan telah menghafal 20 juzuk.

Manakala Nor Aleesya pula terserlah dengan semangat kepimpinan dan merupakan pengawas di sekolah.

Cuba menyembunyikan penyakit yang sedang dihadapinya Rozana sentiasa ceria dan optimis dalam setiap apa yang diceburinya.

Rozana mengalami masalah saluran darah membeku ke paru-paru membeku atau Embolisme Pulmonari.

Atas faktor kesihatan itu, Rozana terpaksa berhenti kerja dan berniaga makanan secara kecil-kecilan.

Malangnya setelah pandemik Covid-19 melanda, kehidupan Rozana semakin susah dalam menempuh cabaran kehidupan membesarkan anak-anaknya.

Kisah berikut pula mengenai Noraneyzah Diran, 36 tahun, yang gigih hadir bersama tiga orang anak-anak kecil tanpa kehadiran suami.

Terkesan oleh pandemik Covid-19 suami beliau masih menggangur.

Sebagai surirumah Noraneyzah berjuang untuk kelansungan hidup dan persekolahan anak dengan azam membuka perniagaan bakeri dari rumah.

Anak sulung beliau Mohd Farish Firdaus, 8 tahun tampil ceria menerima bantuan Back To School 3.0.

Semangat naluri ibu membesarkan anak-anak kecil dengan tabah di kala kesempitan wang dan menghadapi karenah anak autisme, Farisha Nur Aisyah, 2 tahun dan anak yang bongsu adalah Arisya Nur Fatihah, empat bulan memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Harapan MAPIM Malaysia dengan inisiatif program Back To School, bagi anak-anak asnaf akan dapat menyuntik semangat untuk cemerlang dalam kejayaan akademik untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

_________

*MAPIM kini melancarkan misi khas bantuan kecemasan untuk semua mangsa banjir.
Antara bantuan kecemasan yg akan digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button