Saran tambah kontena sejuk beku di HTAR

KLANG : Kerajaan disaran menambah kontena sejuk beku bagi membolehkan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ditempatkan secara teratur.
Ini susulan pendedahan bahawa hospital itu menghadapi kekangan sumber untuk merawat pesakit Covid-19 yang semakin meningkat serta ruang untuk menyimpan mayat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George, berkata beliau telah dihubungi waris keluarga pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia menzahirkan rasa dukacita tentang tatacara pengurusan mayat di hospital berkenaan.
“Keadaan bertambah teruk apabila bilik mayat di HTAR Klang berada pada tahap kapasiti penuh hingga menyebabkan mayat pesakit Covid-19 ditempatkan di atas lantai secara berlapis,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Gunaraj berkata, beliau difahamkan waris pesakit Covid-19 tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia, ditambah lagi proses tatacara pengurusan mayat yang mengambil masa berhari-hari selepas pesakit meninggal dunia.
Pihak hospital juga perlu segera menguruskan mayat untuk proses pengebumian mengikut agama masing-masing agar waris dapat memberi penghormatan terakhir. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan waris yang telah kehilangan ahli keluarga,” ujarnya.
Seperti yang kita tahu pada saat ini, jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat dan meninggal dunia di hospital meningkat saban hari. HTAR juga tidak dapat membuat persediaan awal sewajarnya apabila kes harian positif Covid-19 di Klang menunjukkan peningkatan setiap hari sejak beberapa bulan lalu,
Oleh : NurFaisal Hakim – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM