Covid19DuniaSemasa

Makkah sedia terima jemaah haji

60,000 jemaah sahaja dibenarkan

JEDDAH : Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhenti mengeluarkan permit solat di Masjidil Haram mulai hari ini sebagai persediaan menerima ketibaan jemaah haji.

Menurut kementerian itu, permit solat akan dikeluarkan sekali lagi bermula 24 Julai.

Setiap tahun ibadah haji merupakan perhimpunan manusia terbesar di dunia dengan hampir 2.5 juta jemaah haji pada 2019.

Disebabkan pandemik Covid-19, haji pada tahun ini terhad kepada 60,000 jemaah sahaja dan meliputi penduduk tempatan Arab Saudi.

Tahun lalu, hanya 1,000 jemaah haji sahaja dibenarkan ekoran penularan wabak Covid-19 masih baharu dan langkah pencegahan masih ditimbang tara.

Kementerian Kesihatan menekankan kepentingan mematuhi langkah berjaga-jaga dalam perhimpunan keluarga semasa perayaan Aidiladha, seperti memakai topeng, elakkan bersalaman dan menjaga jarak yang selamat. Ini bertujuan mengehadkan penyebaran penyakit dan memelihara kesihatan dan keselamatan semua anggota masyarakat.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa lebih daripada 21 juta dos vaksin Covid-19 telah berjaya diurus Arab Saudi melalui lebih daripada 580 tapak vaksinasi di seluruh negara itu.

Walaupun begitu, jangkitan baharu telah tersebar di seluruh dunia, iaitu varian Delta yang muncul di India.

Arab Saudi melaporkan 15 lagi kematian berkaitan Covid-19 setakat semalam menjadikan jumlah keseluruhan 8,035 kes.

Sementara itu, terdapat 1,165 kes baharu, ini bermaksud seramai 506,125 orang di negara itu telah menghidap penyakit itu. Turut dilaporkan sebanyak 11,172 kes kekal aktif, manakala, 1,429 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

-ARAB NEWS

Diterjemah oleh : Nurshazlin Shahrom (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button