Semasa

JAIPs kenal pasti 9 lokasi tumpuan kaki ponteng puasa

Diterjemah oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

KANGAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mengenal pasti sembilan lokasi tumpuan dalam kaki ponteng puasa pada Ramadan kali ini.

Timbalan Pengarah JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman, berkata tiga daripada lokasi tumpuan individu ponteng puasa ialah lokasi baharu, manakala enam lokasi lain ialah lokasi lama yang sering disasarkan golongan berkenaan.

“Berdasarkan aduan dan pemerhatian pihak JAIPs, setakat ini ada tiga lokasi tumpuan baru selian enam lokasi lama yang turut dipantau,” kata beliau.

Pihak mereka mendapati pada hari keempat puasa, masih wujud lokasi yang menjadi tempat individu melakukan kesalahan tidak berpuasa.

Beliau juga berkata, masih terdapat peniaga yang degil dan melanggar undang-undang

Kawasan yang terbabit ialah kawasan pekan dan beberapa kampung di tiga daerah utama iaitu, Kangar, Arau dan Padang Besar.

Selain itu, peruntukan enakmen berkaitan berusaha memelihara kesucian bulan Ramadan dengan menguatkuasakan Seksyen 25, Enakmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) 1991 (Pindaan 2012) yang khusus berkaitan dengan kesalahan mencemarkan Ramadan.

Menurut beliau, pihak mereka juga sering lakukan pemantauan berkala selain sentiasa menggalakkan dan membuka ruang kepada masyarakat untuk kemukakan aduan.

Antara kesalahan yang berkaitan adalah makan, minum, merokok dengan sengaja di depan khalayak ramai ketika waktu siang Ramadan dan menjual makanan, minuman serta tembakau kepada orang Islam bagi tujuan tidak berpuasa khususnya sebelum waktu yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, usaha pihak melaksanakan penguatkuasaan berkaitan hal ini, mereka juga merangka beberapa siri Operasi Bersepadu Ramadan (OPS Ramadan) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs), polis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) dan Jabatan Penyiaran Negeri sepanjang bulan Ramadan.

Mengikut kenyataan itu lagi, individu yang ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan boleh disiasat dan akan didakwa mengkiut seksyen 25 EJDS (Pindaan 2012) dan denda maksimum RM3000, penjara selama dua tahun atau kedua—duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.

Jika kesalahan kali kedua dan seterusnya, maksimum denda adalah RM5,000 atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button