Semasa

41 penumpang maut dalam kejadian kereta api tergelincir

Kes kemalangan kereta api paling teruk selepas empat dekad

TAIPEI : Sebuah kereta api ekspres dilaporkan tergelincir ketika melalui terowong di Hualien, timur Taiwan pagi tadi.

Kemalangan itu berpunca selepas kereta api itu melanggar sebuah trak yang dipercayai gagal menggunakan brek tangannya lalu tergelongsor ke jalan kereta api.

AFP melaporkan  41 penumpang didapati maut manakala 72 penumpang masih terperangkap dalam gerabak, sementara 61 orang sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jabatan Bomba memaklumkan, kereta api ekspres Tarako itu sedang dalam perjalanan dari Taipei ke Taitung yang membawa ramai pelancong semasa permulaan cuti panjang.

Menurut Jabatan Bomba, seramai 80 ke 100 orang berjaya diselamatkan daripada empat gerabak, sementara, gerabak kelima hingga kelapan masih sukar diakses.

Menteri Pengangkutan Lin Chia-lung memberitahu wartawan  bahawa kereta api itu membawa lebih sekitar 490 orang, lebih tinggi daripada jumlah muatan penumpang sebenar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Hualien, Tsai Ding Hsien mempercayai insiden itu berpunca akibat kenderaan pembinaan yang terjatuh ke arah landasan kereta api sebelum memasuki terowong.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button