
KAHERAH: [VIDEO] Mohamed Salah disahkan positif COVID-19 setelah ujian saringan kedua dijalankan.
Keadaan kesihatan terkini bintang bola sepak Liverpool itu meletakkan beliau tidak dapat beraksi bertemu Leicester dan Atlanta di Liga Juara-Juara.
Salah terbukti positif COVID-19 setelah diumumkan pada Jumaat lalu.
Dia sebelum itu dikatakan hadir pada majlis perkahwinan abangnya, Nasr di Kaherah.
Keputusan ujian saringan itu menambah serabut pemikiran jurulatih pasukan Liverpool, Jurgen Klopp kerana Salah merupakan kesebelasan utama dalam pasukan Liverpool.
Salah telah memulakan pengasingan di Kaherah dan perlu tinggal di Mesir minggu depan sebelum dia dibenarkan pulang kembali ke England.
Ketiadaan Salah bererti Klopp berpotensi kehilangan tujuh pemain senior dalam menentang pasukan teratas, Leicester pada 22 November depan.
Bukan sahaja Salah yang majlis perkahwinan abangnya, tetapi juga rakan sepasukan Mesir, Mahmoud Trezeguet yang bermain untuk Aston Villa.
- Terjemahan untuk UmmahToday oleh Muhammad Arshad Azmi