Covid19DuniaSyria

Sasaran Misi Musim Sejuk MAPIM selaras keperluan UNHCR

Elak maut dalam kesejukan

Ketika ini, di perkampungan pelarian Arsal, di sempadan Lubnan-Syria, suhunya sudah pun menjangkau 10 darjah Celcius.

Malah meningkat ke malam hari, suhu semakin merendah dan boleh mencapai tahap negatif, lebih-lebih lagi pada waktu musim sejuk memuncak dan menggigit tulang-belulang pelarian.

Bukan sahaja orang dewasa, tetapi anak-anak kecil lagilah terasa kakunya.

Bacaan suhu yang rendah adalah perkara utama yang dibimbangi Agensi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNHCR, kerana nasib 3.8 juta orang pelarian bertahan atau sebaliknya.

Jumlah pelarian itu menurut UNHCR, adalah sebahagian daripada lebih 10 juta pelarian dan kumpulan pelarian tanpa negara, IDP, Syria dan Iraq, yang kini tinggal merata di beberapa negara.

Antaranya di negara Syria, Iraq, Lubnan, Jordan dan Mesir.

Kebajikan dan hal ehwal pelarian sentiasa di bawah pemantauan UNHCR.

Sehubungan itu UNHCR memerlukan bantuan bernilai ASD$211.3 juta yang harus disediakan untuk menyelamatkan nyawa pelarian yang bakal berdepan dengan kedinginan yang genting.

UNHCR dalam Program Bantuan Musim Sejuknya bermula dari September 2020 hingga Mac 2021 memfokuskan tiga agenda penting bagi kebajikan pelarian pada musim sejuk.

Kebanyakan bantuan adalah bersifat mendapatkan dana tunai, serta peralatan musim sejuk juga memperbaiki sistem pengaliran dan tebatan banjir apabila musim sejuk berakhir nanti.

Pertamanya memperuntukkan bantuan wang tunai kepada keluarga pelarian untuk membuat persiapan musim sejuk.

Kedua, peruntukan barangan keperluan utama seperti baju tebal, selimut panas, alat pemanas, silinder gas, dan kasut bagi kelengkapan pakaian pada musim sejuk, untuk dewasa lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Malah peruntukan juga diperlukan untuk membaiki khemah pelarian yang usang dan boleh runtuh akibat berat salji itu nanti.

Manakala sistem saliran dan infrastruktur lain untuk diperbaiki selepas menanti cair salji yang boleh mendatangkan banjir di khemah-khemah pelarian.

Melihat kepada keperluan mendesak UNHCR itu, bantuan atau dana musim sejuk Syria yang dinaungi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia  bertepatan dengan kehendak UNHCR.

“Semua bantuan ini akan digerakkan semula beserta dengan fasiliti kemudahan terdesak lain khususnya melibatkan hal perubatan dan bantuan kecemasan. Kontena ini merangkumi 20,000 selimut musim sejuk, makanan, ubat-ubatan, alat pemanas, ambulans wakaf dan juga baju sejuk.’’ – (Dr.) Sani Araby al Kahery

Misi musim sejuk MAPIM berlepas ke Syria baru-baru ini dengan diketuai oleh Ketua Aktivis Kemanusiaan (Dr.) Sani Araby al Kahery.

Beliau dalam sidang medianya sejurus sebelum berlepas berkata nasib pelarian Syria kini semakin meruncing.

Memasuki tahun kesembilan, derita mereka semakin ditambah apabila impak Covid-19 yang melanda sebahagian besar dunia.

MAPIM dalam kempen rayuan Syrianya menggariskan keperluan seperti selimut tebal, ubat-ubatan, pek makanan, alat pemanas serta pakaian tebal.

Dengan kekangan ekonomi, ramai yang terkesan namun MAPIM optimis untuk meneruskan segala program yang telah dirancang secara kekal.

Contohnya, kilang roti MAPIM yang membakar 60,000 keping roti sehari untuk mengalas perut para pelarian.

“Selain penghantaran kontena, sebagai pengasas dan penasihat untuk agensi wakaf kerajaan Turki, MAPIM juga akan membantu perkembangan bandar “Malaysia Wakaf City for Syrian Refugees” di Syria yang kini tahap pembinaannya di fasa pertama melibatkan pembinaan 1,000 rumah beserta klinik, empat sekolah, masjid dan juga Malaysia Central Kitchen.’’- (Dr.) Sani Araby al Kahery

Khemah pelarian yang terus-terusan diperbaiki pula dirancang MAPIM untuk ditukar kepada rumah kekal bagi projek jangka panjang untuk pelarian itu.

#365HariAkuUntukUmmah
Kepada yang ingin menyumbang
Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini. Berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 bina rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 bantuan pendidikan
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
___________________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
___________________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button