OTTAWA: Polis memaklumkan pemandu trak yang terbabit dengan protes anti vaksin disyaki sehingga melumpuhkan ibu negara Kanada membawa senjata api.
Ketua Polis Ottawa, Peter Sloly, berkata pihaknya mempunyai petunjuk mengenai ada di kalangan mereka yang menyertai tunjuk perasaan itu lebih seminggu lalu dan perkara itu membimbangkan kerana jika kerajaan mula mengerahkan tenteranya maka ia akan mencetuskan risiko besar.
“Terdapat bukti ‘unsur signifikan’ dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa membiayai dan menganjurkan protes berkenaan,” katanya dalam satu taklimat.
Beliau berkata, puluhan pemandu trak menyertai protes berkaitan mandat vaksin COVID-19, menghalang laluan pusat dekat bandar itu selama enam hari.
Penduduk semakin berang dengan tindakan polis yang didakwa tidak mengambil tindakan sewajarnya, namun polis menolak menamatkan tunjuk perasaan kerana bimbang terdapat risiko yang boleh memburukkan lagi ketegangan.
Penunjuk perasaan berkata, mereka tidak akan bersurai sehingga kerajaan memansuhkan mandat vaksin.
Menurut polis, pihaknya sedang menyiasat laporan kesalahan jenayah termasuk jenayah kebencian dan merosakkan harta awam selain membuat tiga tangkapan setakat ini.
“Kami melihat setiap satu pilihan termasuk bantuan ketenteraan dengan mencampurkan mereka ke dalam populasi di pusat bandar semasa demostrasi yang tidak menentu, mungkin dapat mengurangkan beberapa risiko dan boleh mewujudkan serta meningkatkan risiko besar lain,” kata Sloly.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi memaksa kerajaan parti Liberal pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau, untuk memansuhkan mandat vaksin terhadap pemandu lori rentas sempadan.
Sejak itu, ia bertukar menjadi gerakan anti-Trudeau yang lebih bersifat populis.
Sementara itu, Trudeau pada Isnin berkata rakyat Kanada meluat dengan tingkah laku segelintir penunjuk perasaan dan beliau berikrar tidak gentar dengan tekanan itu. – REUTERS
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today