DuniaSemasa

Tembakan rambang di sekolah AS, seorang maut

WASHINGTON : Insiden tembakan rambang di kawasan luar sekolah menengah di Iowa, Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan seorang remaja maut dan dua lagi cedera.

Menurut jabatan polis dalam satu kenyataan, pegawai polis Des Moines dan anggota penyelamat bomba tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 2.48 petang waktu tempatan sebelum menerima panggilan berkenaan kes tersebut.

Mengulas lanjut, seorang daripada mangsa meninggal dunia dan dua lagi masih dirawat di hospital, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai keadaan mereka.

“Tembakan itu nampaknya datang dari kenderaan yang lalu-lalang. Mangsa berada di kawasan sekolah tetapi di luar bangunan sekolah ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaik pegawai tiba di tempat kejadian, mereka mendapati tiga remaja mengalami luka tembakan dan sudah dibawa ke hospital.

Menurut ciapan di akaun rasmi Sekolah Awam Des Moines, sekolah itu ditutup buat sementara waktu selepas laporan tembakan dilakukan.

Dalam pada itu, suspek berjaya ditahan, tetapi tiada pertuduhan difailkan dan polis tidak menyatakan berapa ramai suspek ditangkap atau siapa mereka.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button