Semasa

265 kes varian Delta dikesan dalam tempoh dua minggu

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

KUALA LUMPUR : Kajian berterusan oleh tiga institut penyelidikan di negara ini telah mengenal pasti 265 varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) sejak 16 hingga 29 Ogos.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan  Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 39 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Insititute (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (48 kes) dan Institute of Health and Communicaty Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (178 kes).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS -CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Dr Noor Hisham berkata secara kesuluruhan sehingga kini bagi VOC, terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 2019 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button