PendidikanSemasa

`Barang panas’ – perkakas komputer, komputer riba baharu dan terpakai!

KPDNHEP beri amaran peniaga jangan naikkan harga

KUALA LUMPUR: Bertindak untuk mengelakkan ada pihak yang cuba mengaut keuntungan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan ke premis menjual perkakasan komputer.

Ini berikutan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah, PdPR,  menyebabkan ibu bapa mencari perkakasan komputer baharu dan terpakai.

Sehubungan itu sebanyak 130 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan (AKHAP) 2011 telah diserahkan kepada peniaga.

Gambar hiasan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata ia bagi mengesan jika wujud sebarang elemen pencatutan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) maklum mengenai permintaan tinggi terhadap perkakasan komputer dan langkah proaktif itu dilakukan bagi memantau sebarang kenaikan harga secara mendadak.

Katanya, peniaga diberikan tempoh dua hari untuk mengemukakan semua maklumat serta dokumen diperlukan dan kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21(5), AKHAP 2011, dengan denda tidak melebihi RM100,000.

Sementara itu peniaga berkata perkakasan komputer yang sangat tinggi permintaannya ialah komputer riba, namun pada harga yang mampu dibeli pengguna.

Sekurang-kurangnya dapat membantu pembelajaran di rumah termasuk komputer riba terpakai.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button