Covid19EkonomiSemasa

800,000 penjawat awam sumbang elaun ke Tabung Amanah Bencana Negara

Solidariti penjawat awam terhadap pasca COVID-19

PUTRAJAYA : Sejumlah lebih 800,000 penjawat awam mengikut gred perkhidmatan masing-masing akan menyumbangkan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) kepada Akaun Amanah Bencana negara dalam tempoh tiga bulan bermula Jun.

Dalam tempoh terbabit, penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan ditetapkan mengikut gred berkenaan dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

Pengurangan elaun itu bagi Gred Pengurusan Tertinggi,  JUSA A ke atas akan menyumbang sebanyak 50 peratus dari elaun ITK, JUSA B (20 peratus), JUSA C sebanyak 10 peratus.

Gred 44 hingga Gred 56 kadar sumbangan lima (5) peratus, manakala bagi Gred 29 hingga Gred 41 jumlah sumbangan sejumlah RM10 dari elaun ITKA.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataannya berkata inisiatif penjawat awam ini diharap  menjadi bantuan dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan lekuk jangkitan pandemik COVID-19 di Malaysia.

“Kita memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan. Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di negara kita. Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga kita,” – Ketua Setiausaha Negara /  Tan Sri Mohd Zuki Ali

Malah sebagai asbab kebaikan dalam kehidupan setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga.

Terdahulu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam (31 Mei)  mengumumkan satu program bagi memperkukuh sistem kesihatan dan ekonomi Malaysia dalam pasca pandemik COVID-19.

Perdana Menteri memperkenalkan program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan, PEMERKASA+, yang memakan belanja sebanyak RM40 bilion diwujudkan sebagai bantuan tambahan kepada program-program sedia ada.

Tan Sri Muhyiddin turut menyatakan sebagai tanda prihatin kepada rakyat barisan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan.

Oleh Pelatih Fakluti Komunikasi dan Pengajian media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button