KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 permohonan temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca, direkodkan dalam tempoh kurang 90 minit selepas sistem itu dibuka pada jam 12 tengah hari pada 2 Mei, 2021.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sebanyak 160,000 slot temu janji membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas, masih dibuka untuk permohonan individu yang ingin mendapatkan suntikan pelalian vaksin dari United Kingdom (UK).
Berdasarkan tangkap layar di atas terkini sistem pendaftaran melalui vaksincovid.gov.my, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi PPV pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan vaksin itu.
“Masih ada slot (bagi mendapatkan) AstraZeneca. Trafik (permohonan menerusi sistem) sangat memberangsangkan, tetapi masih ada kekosongan,” – Khairy Jamaluddin Abu Bakar/ Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi